Categories: Berita Lain

SULTAN JOHOR CABAR KJ TANDING POLO?



SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pasukan Sukan SEA yang diwakilinya bertanding polo bersama pasukan negeri itu.


Menurut Sultan Ibrahim, pasukan yang bertanding untuk sukan polo di Temasya Sukan Sea 2017 ini ibarat hanya untuk mencukupkan syarat pertandingan sahaja dan datang dengan handicap rendah serta mudah dikalahkan.

“Saya cabar pasukan polo Sukan SEA supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka yang saya dengar handal sangat.

“Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor.

“Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor,” kata beliau dipetik Facebook Johor Southern Tigers.

Menurut laporan Sinar Online, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mungkin akan turut serta dalam pasukan Johor selain menghantar dua anakandanya serta dua orang penjaga kuda.

“Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi.

“Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan SEA itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka,” titah baginda.

Kongsi Sultan Ibrahim, baginda pernah menyertai pertandingan di serata dunia termasuk Piala Dunia ketika baginda menjadi Tunku Mahkota.

“Polo di Johor sudah bermula sejak tahun 1884, bukannya semalam baru beranak.

“Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan SEA, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor,” titah baginda lagi.

Khairy mewakili Malaysia dalam acara ekuestrian polo Sukan SEA 2017.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago