Categories: Berita Lain

[VIDEO] Insiden Rempuh Kenderaan: Polis Tahan Dua Penarik Kereta

Proton Saga FLX bertindak mengundurkan kenderaannya dan melanggar kereta Proton Wira yang menghalang laluannya.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan
berhubung tindakan mereka yang dipercayai cuba mengugut dan menghalang laluan
seorang pemilik kenderaan dalam kejadian di sebuah pusat servis pendingin hawa
di Rawang Mutiara, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad
berkata, selain penahanan dua suspek, keterangan beberapa saksi juga telah
diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam kejadian pukul 4.40 petang semalam, kedua-dua suspek
berusia 25 dan 32 tahun bersama tiga lagi rakan mereka datang ke lokasi
kejadian dengan menaiki kereta Proton Wira dan Proton Persona seterusnya
meletakkan kenderaan mereka di belakang kereta pemilik Proton Saga FLX bagi
menghalang kenderaan tersebut keluar.
Kelima-lima lelaki berkenaan kemudian menghampiri pemilik
kereta Proton Saga FLX berusia 33 tahun dan mahu merampas kunci kenderaannya
tanpa memperkenalkan diri, lapor Antarapos.
“Kejadian itu menakutkan pemilik kereta Proton Saga FLX yang
kemudiannya bertindak mengundurkan kenderaannya ke belakang untuk melarikan
diri kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.
“Ketika mengundurkan kenderaan, pemilik kereta tersebut
telah melanggar kereta Proton Wira yang menghalang laluannya sebelum
meninggalkan tempat tersebut,” katanya.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan
kedua-dua belah pihak telah membuat laporan berkaitan kejadian tersebut.
Insiden itu dipercayai dirakam salah seorang daripada lima
lelaki itu yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial.
Dalam video berdurasi satu minit itu, kelihatan pemandu
kereta Proton Saga FLX mengundurkan kenderaan beberapa kali dan melanggar
kereta Proton Wira yang menghalang laluannya.
Menurut maklumat awal yang tular, kejadian itu dipercayai
berlaku kerana pemandu Proton Wira yang merupakan penarik kereta cuba mengambil
kunci Proton Saga FLX tersebut untuk dipulangkan semula kepada pihak bank atas
alasan kegagalan lelaki tersebut menjelaskan bayaran bulanan.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 hour ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

1 day ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago