Categories: Berita Lain

Dobi Hanya Untuk ‘Muslim Sahaja’ Cetus Kontroversi

Tular sebuah kedai dobi di Muar, Johor yang hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja.

Tindakan pengusaha sebuah kedai dobi di Muar, Johor, yang
hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja adalah satu amalan agama yang
sempit, kata Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, amalan itu bertentangan dengan Islam yang
memudahkan penganutnya, pada masa sama tidak sesuai dalam masyarakat yang
pelbagai agama dan budaya.
“Semua pandangan yang sempit seperti ini akan membawa negara
kita ke arah ekstremisme dan hilang imbangan untuk hidup dalam masyarakat
pelbagai agama dan budaya.
“Islam itu agama yang hidup dan beraksi dengan
persekitaran secara seimbang. Fikah itu ke arah memudahkan bukan
menyusahkan,” kata Mohd Asri kepada Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kedai dobi itu mula diperkatakan selepas tular di laman
sosial 23 September lalu.
Menurut gambar yang tersebar, kedai tersebut meletakkan
papan tanda tertera “Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam
sahaja atas faktor kesucian”.
Pengendali dobi itu ketika ditemui sebuah akhbar Cina enggan
menyatakan sebab syarat itu dikenakan, dab hanya berkata melaksanakan
tanggungjawab sebagai orang Islam.
Beliau juga enggan mengulas adakah tindakan itu kerana
bimbang jika orang bukan Islam membawa unsur “tidak bersih” seperti
bulu anjing ke kedainya.
Fikah yang mudah
Perkara itu disokong Penasihat Majlis Agama Islam Negeri
Johor (JAINJ) Datuk Nooh Gadut yang berkata, orang Islam dan bukan Islam perlu
menjamin pakaian yang dicuci di kedai dobi layan diri dalam keadaan bersih
daripada najis mughallazah (najis berat).
“Yang Islam perlu pandang isu najis mughallazah sebaab
najis dan kotor lain (berbeza), kotor boleh buat sembahyang. Sebab itu mesti
dibersihkan dulu (pakaian) dan baru boleh masuk dalam mesin basuh,”
katanya dipetik Harian Metro.


Malah ia juga disokong Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir
Samsudin dan berkata dobi itu tidak sepatutnya menimbulkan tanggapan buruk di
kalangan orang bukan Islam.
Katanya, Islam memang mementingkan kebersihan dan kewujudan
dobi itu boleh membuang perasaan ragu-ragu berhubung aspek kesucian pakaian
mereka.
Berbeza pandangan dengan pandangan itu, Mohd Asri
menasihatkan umat Islam agar memilih hukum fikah yang mudah dan praktikal,
selain jangan membuat andaian berlebihan sehingga menyusahkan kehidupan mereka
“Jika asal sesuatu bahan itu bersih, tidak zahir
padanya najis sama ada dari segi warna, bau ataupun rasa, maka ia dikira
bersih.
“Andaian yang berlebihan sehingga menyusahkan kehidupan
bukan ajaran Nabi Muhammad yang mudah dan memudahkan kehidupan manusia,”
katanya.


Jika berterusan, katanya lagi, ia akan membawa kepada lebih
banyak kepada hal pemisahan antara orang Islam dan bukan Islam yang tidak
wajar.
“Saya bimbang nanti ada menggesa orang Islam tidak
boleh guna duit yang telah digunakan orang bukan Islam. Ini kerana mereka
mengandaikan mungkin ada najis semasa duit itu bertukar tangan.
“Kemudian perlu diasingkan pula bekas makanan yang
digunakan orang bukan Islam di restoran. Takut nanti ada kesan khinzir di mulut
mereka,” katanya lagi.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

10 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago