Categories: Berita Lain

Langgar, Ugut Minta Ganti Rugi



BANTING – Kemalangan seperi dirancang. Itu yang berlaku dalam kejadian di Jalan Chempaka, di sini, kelmarin yang membabitkan dua kereta jenis Proton Exora dan Proton Wira.


Dalam kejadian kira-kira 7.17 malam, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira telah berhenti secara tiba-tiba di hadapan Proton Exora hingga menyebabkan pemandunya membrek mengejut bagi mengelak daripada berlaku perlanggaran.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman yang mengesahkan kejadian itu berkata, kira-kira seminit kemudian, pemandu Proton Wira berusia 37 tahun itu telah mengundurkan keretanya hingga melanggar Proton Exora, lapor Sinar Harian lagi.

Menurutnya, akibat pelanggaran tersebut pemandu Exora telah turun daripada keretanya dan meminta  pemandu Wira bertanggungjawab kerana melanggar bahagian bumper dan bonet hadapan keretanya.

“Namun, pemandu Wira itu tidak mengaku salah dan menyalahkan pemandu Exora berusia 46 tahun itu selain turut meminta ganti rugi sebanyak RM200 serta memberi kata-kata ugutan.

“Bagaimanapun, pemandu Exora itu enggan membayarnya dan mengajak pemandu Wira ke balai untuk membuat laporan polis. Namun pemandu Wira terbabit enggan lalu terus menghidupkan enjin keretanya dan bergerak ke hadapan lalu sekali lagi mengundurkan kereta dan melanggar bahagian hadapan kereta Exora,” katanya.

Beliau berkata,  saksi kejadian yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan kejadian itu.

Katanya, pihaknya telah dihubungi sebelum dua anggota peronda polis datang dan meleraikan kejadian yang berlaku.

“Kedua-dua pemandu tidak cedera dan pemandu Proton Exora itu telah hadir ke Balai banting untuk membuat laporan.

Tambah Azizan lagi, pemeriksaan dapati, Proton Wira terbabit mengalami kerosakan pada lampu, bonet hadapan, tangki air dan penghawa dingin serta bumber.

Kes disiasat di bawah Rule112 LN170/59, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

17 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago