Categories: Berita Lain

Kit Siang Patut Bersara – Abdul Rahman


SHAH ALAM – Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dinasihat
bersara daripada politik dan memberi laluan kepada calon yang lebih progresif,
inklusif dan bertanggungjawab.
Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk
Seri Abdul Rahman Dahlan, kedudukan Kit Siang yang kekal meneraju DAP sejak
sekian lama menampakkan beliau seolah-olah seorang diktator dalam partinya
sendiri.
“Menjadi pemimpin DAP selama 50 tahun tanpa dicabar
sedangkan parti politik lain sudah berkali-kali menukar ketua, membuatkan Kit
Siang kini menggalas imej sebagai diktator seperti mana pemimpin angkuh Korea
Utara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau wajar memberi laluan kepada pemimpin yang
seperti Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw untuk menerajui DAP secara
demokratik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, Kit Siang juga wajar berundur daripada dunia
politik berikutan keyakinan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dan BN bersendirian.
“Walaupun DAP adalah parti politik terbesar dalam
Pakatan Harapan. Sebaliknya, beliau menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang
bukan Ahli Parlimen pun untuk menerajui Pakatan.
“Kit Siang nampaknya sudah kehilangan taringnya dan
adalah lebih baik beliau meletak jawatan dan bersara,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, Kit Siang juga jelas menolak tepi apa juga
prinsip dimilikinya apabila mempertahankan bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal Forex
bernilai RM33 bilion baru-baru ini.
“Ia adalah RCI sama yang didesak Kit Siang sejak dua
dekad lalu, malah turut menghasilkan sebuah buku mengenainya.
“Pernah menyifatkan Dr Mahathir sebagai ‘musuh’ utama
yang ingin menghancurkan bangsa negara dan Malaysia sepanjang 22 tahun
menerajui pentadbiran negara, Kit Siang kini menjulang Dr Mahathir sebagai
‘penyelamat’ negara; tanpa sebesar zarah pun berasa malu.
“Berikutan tindakan tidak berprinsip itu, saya yakin
Kit Siang kini menyedari kedudukannya sekarang sebagai liabiliti terhadap
Pakatan Harapan,” katanya.

— Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago