Categories: Berita Lain

SPRM Sita RM334.5 Juta Harta Rasuah, Salah Guna Kuasa

Dzulkifli berucap pada majlis perasmian kompleks baharu Ibu
Pejabat SPRM di Presint 7, Putrajaya. – Foto: Sinar Harian

PUTRAJAYA – Sebanyak RM334.5 juta nilai harta berkaitan
rasuah dan penyalahgunaan kuasa disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) sepanjang tempoh setahun bermula Ogos 2016 hingga Ogos tahun ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata,
jumlah itu merupakan peningkatan berganda berbanding RM55 juta bagi tempoh sama
tahun sebelumnya lapor Sinar Online.
“Bagi tempoh sama juga jumlah pertuduhan yang
dilaksanakan meningkat 405 kes iaitu 32.8 peratus.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Manakala jumlah pembukaan kertas siasatan meningkat
menjadi 952, iaitu peningkatan sebanyak 2.94 peratus berbanding tempoh sama
tahun sebelumnya.
“Bagi tempoh sama juga jumlah maklumat diterima SPRM
meningkat sebanyak 6,419 iaitu 2. 63 peratus,” katanya ketika berucap pada
majlis perasmian kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, di sini hari
ini.
Majlis perasmian Kompleks Ibu Pejabat SPRM yang baharu itu,
disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dzulkifli berkata, hasil daripada maklumat tersebut jumlah
tangkapan yang berjaya dilaksana sebanyak 910 tangkapan, meningkat 6.04
peratus.
Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil komitmen dan
semangat juang serta kesungguhan kerja luar biasa dan penuh dedikasi
ditunjukkan pegawai-pegawai SPRM.
Bangunan baharu SPRM siap dibina sepenuhnya dan diserahkan
secara rasmi, 21 Julai lalu. Ia direka bentuk agar menepati keperluan operasi
serta sistem pentadbiran SPRM.
Didirikan di atas tanah berkeluasan 2.07 hektar, dengan tiga
menara setinggi 14,18 dan22 tingkat, ia mampu menempatkan kira-kira 1,800
kakitangan.
Dari aspek keselamatan, bangunan baharu itu mempunyai 354
unit kamera litar tertutup (CCTV) yang mengawal persekitaran luar dan dalam
bangunan termasuk di dalam lif serta keseluruhan kawasan dipagari dengan pagar
jenis ‘anticlimb’ dan ‘anticutting’ yang sukar ditembusi penceroboh.
Turut dirasmikan, Yayasan Prihatin SPRM yang berteraskan
kebajikan untuk menampung kekurangan keperluan dan kewangan warga SPRM dan ahli
keluarga.
Selain itu, dana yayasan itu juga akan disalurkan kepada
rakyat yang memerlukan bantuan dari sudut kewangan melalui program-program SPRM
bersama masyarakat.

Orang ramai juga boleh menyumbang kepada tabung yayasan bagi
menyokong matlamat penubuhannya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

14 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago