Categories: Berita Lain

Kerajaan Komited Bersama SPRM Perangi Rasuah – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua
Pesuruhjaya Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli
Ahmad meninjau banguna baharu SPRM pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 50
Penubuhan BPR/SPRM dan Majlis Perasmian Kompleks Baharu Ibu Pejabat SPRM hari
ini. – Foto Bernama


PUTRAJAYA – Kerajaan komited memberi kerjasama kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perjuangan menentang rasuah
supaya kedudukan negara termasuk dari segi ketelusan dan daya saing semakin
baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata pembinaan kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM di
Putrajaya yang merupakan kompleks agensi antirasuah yang terbesar di dunia dan
lengkap dengan segala keperluan SPRM adalah manifestasi Kerajaan dalam
memerangi rasuah dan salah guna kuasa.
“Rasuah adalah ancaman kepada negara, ketamadunan kita,
masyarakat dan masa depan negara kita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jika kita dapat membendung dan membanteras rasuah, negara
Malaysia kita yang tercinta lebih berjaya dan disanjung dan lebih dihormati dan
berada di saf hadapan sebagaimana visi TN50 (Transformasi Nasional 2050),”
katanya ketika merasmikan kompleks itu, di sini hari ini, yang merupakan mercu
tanda baharu Putrajaya.
Bangunan Ibu Pejabat SPRM yang telah siap dibina sepenuhnya
dan diserahkan secara rasmi pada 21 Julai lalu merupakan bangunan yang direka
bentuk agar menepati keperluan operasi serta sistem pentadbiran SPRM.
la didirikan di tapak berkeluasan 2.07 hektar di Presint 7
serta mampu menempatkan kira-kira 1,800 kakitangan.
Ibu Pejabat SPRM berkenaan terdiri daripada tiga menara
iaitu A, B dan C masing-masing setinggi 14, 18 dan 22 tingkat berserta tujuh
tingkat podium.
Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah dewan serba
guna dengan kapasiti 1,000 orang, auditorium yang mampu memuatkan 300 orang,
taska, gimnasium, perpustakaan dan bilik sidang media.
Pada majlis yang juga merupakan sambutan ulang tahun ke-50
penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM yang diraikan pada setiap 1 Okt,
Najib turut mengumumkan peruntukan segera RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM
yang berperanan menjaga kebajikan warga SPRM.
“Kita tahu anggota SPRM bekerja keras siang dan malam,
jadi kita mesti beri sokongan moral kepada kebajikan anggota-anggota SPRM.
Mudah-mudahan ini akan menaikkan semangat kita terus berjuang habis-habisan
menentang rasuah,” katanya.
Mengimbau kembali sejarah SPRM, beliau berkata BPR
ditubuhkan pada tahun 1967 di bawah kepimpinan Perdana Menteri pertama Tunku
Abdul Rahman, sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Katanya walaupun BPR menunjukkan prestasi yang baik, namun
persepsi masyarakat terhadapnya sebagai sebuah agensi Kerajaan kelihatan tidak
bebas menjalankan tugas terutamanya aspek penguatkuasaan.
BPR kemudiannya diperkasakan menjadi SPRM di bawah
kepimpinan Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 sebagai
sebuah entiti bebas, katanya.Najib berkata kerajaan akan terus memerangi gejala
rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) melalui pelbagai program di
bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah.
Antaranya mewujudkan unit pematuhan di lima agensi
penguatkuasaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM),
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan
SPRM bagi memantau perilaku anggota dan pegawai.
Najib juga berkata inisiatif lain yang dilaksanakan termasuk
mewujudkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, pangkalan data ‘Name and
Shame’ bagi pesalah rasuah dan portal MyProcurement Pusat Maklumat Perolehan
Kerajaan.
Data daripada pangkalan data Name and Shame dibangunkan
bukan sahaja untuk pengetahuan umum rakyat tetapi juga boleh digunakan oleh
negara luar untuk menyemak permohonan visa di mana individu tersenarai berisiko
untuk ditolak permohanan, katanya. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

16 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago