Categories: Berita Lain

Balik Lewat Punca Budak Dirantai Pada Tong Gas – Exco



KUANTAN, 7 Okt ― Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dirantai
pada tong gas Khamis lalu mengakui kesilapannya kerana balik lewat malam dan
menjadi punca bapanya tirinya hilang sabar dan bertindak sedemikian
terhadapnya.

Perkara ini dinyatakan kanak-kanak itu kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri,
Datuk Shahaniza Shamsuddin yang menziarahinya di Hospital Tengku Ampuan Afzan
di sini hari ini.
Kanak-kanak itu turut memaklumkan perasaan kesal dengan perbuatannya
dan itu kali pertama dia diperlakukan sebegitu oleh bapa tirinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perkara ini diceritakan sendiri oleh mangsa ketika dilawat
tadi dan berdasarkan pemerhatian, dia dapat berbual dengan baik, malah turut
menyatakan hasratnya ingin berjumpa dengan ayah kandungnya di Melaka yang kali
terakhir ditemuinya tahun lepas.
“Saya juga berpuas hati setelah mendapat taklimat daripada
doktor yang merawatnya yang menyatakan mangsa kini sihat dan tiada tanda-tanda
trauma atau kesan kecederaan fizikal kelihatan badan mangsa,” kata Shahaniza
kepada pemberita.
Namun katanya laporan lanjut berhubung dengan kejadian itu
akan ditentukan menerusi siasatan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) bagi mengetahui situasi sebenar.
Buat sementara waktu kata Shahaniza, mangsa akan berehat di
hospital di bawah pengawasan JKM dan akan diberi kaunseling dari semasa ke
semasa.
Kanak-kanak itu diselamatkan sepasukan anggota polis dari
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan setelah memecah
masuk bahagian belakang rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 1 di sini.
Semasa ditemui mangsa hanya memakai seluar dengan lehernya
diikat pada tong gas menggunakan rantai besi serta kunci mangga dan dia
dipercayai telah berada dalam keadaan itu selama dua jam sebelum ditemui.
Berikutan itu seorang anggota tentera yang berusia 32 dan
isterinya yang berusia 37 tahun, yang merupakan ibu kepada mangsa ditahan reman
selama enam hari bermula semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak
(Pindaan) 2016 iaitu mendera, mengabai dan menganiaya kanak-kanak yang jika sabit
kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak
melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Sementara itu Shahaniza turut melawat warga emas berumur 80
tahun yang diselamatkan pasukan polis Rabu lalu yang dikurung oleh anaknya sejak
Isnin di sebuah rumah di Taman Inderapura di sini.

Mangsa yang lumpuh separuh badan dijangka akan ditempatkan
di bawah seliaan JKM sekiranya mendapat persetujuan anak-anaknya. ― Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

10 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

7 days ago