Categories: Berita Lain

Mangsa Sindiket Keldai Dadah Tak Sempat Pulang, Meninggal Di Luar Negara


KUALA LUMPUR: Hasrat Syzlin Hataman, mangsa sindiket
pengedaran dadah antarabangsa yang dipenjara dan terkandas di Lima, Peru sejak
lapan tahun lalu untuk pulang tidak kesampaian, selepas meninggal dunia di
negara itu, pagi ini waktu Malaysia.
Wanita mangsa keldai dadah itu meninggal dunia di sebuah
hospital kerana komplikasi beberapa penyakit selepas dimasukkan ke wad
baru-baru ini.
Syzlin, 43, berasal dari Johor menghidap beberapa penyakit,
termasuk asma dan kencing manis.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kematiannya dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di Peru
kepada Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga
Ahli Parlimen Lenggong hari ini.
Katanya, kedutaan memaklumkan bahawa Shyzlin kembali ke
rahmatullah pada jam 6.50 petang waktu Peru pada 7 Oktober 2017, iaitu jam 7.50
pagi tadi waktu Malaysia.
“Pihak kedutaan sedang melihat beberapa pendekatan
untuk uruskan jenazahnya,” katanya kepada BH sebentar tadi.
Biro berkenaan sedang dalam proses menguruskan pelbagai
keperluan untuk membantu membawa Syzlin dan dua yang lain, iaitu Suzana dan
Azimah kembali ke tanah air.
Shamsul juga berkata, beliau dimaklumkan Syzlin dimasukkan
ke hospital kerana tekanan darah rendah, selain kadar gula yang rendah.
Pihak hospital pun telah berusaha menstabilkannya tetapi
meninggal dunia petang semalam waktu Peru.
“Dia dikatakan tak tenang sejak beberapa minggu lalu
selepas menerima perkhabaran ibu angkat yang menjaganya sejak kecil meninggal
dunia di Johor,” katanya.
BH pada November tahun lalu menyiarkan laporan esklusif dari
Peru mengenai rayuan Syzlin, Suzana dan Azimah yang meminta ihsan orang ramai
membantu membawa mereka pulang.
Syzlin pernah meringkuk dalam penjara lebih empat tahun
kerana menyeludup dadah.
Dia kemudian ditempatkan di sebuah gereja negara itu, yang
menjadi tempat tinggalnya kerana kesihatan terjejas.
Dalam temu bual berkenaan, Syzlin menitiskan air mata sambil
memohon individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa menghulurkan
bantuan supaya dia dapat menemui semula keluarga yang lama terpisah.
Suzana juga terkandas di sana selepas dibebaskan daripada
penjara kerana kesalahan yang sama, manakala Azimah yang digunakan oleh
sindiket pengedaran dadah ditahan kerana tidak mempunyai permit di negara itu.

Kedua-dua mereka yang telah berkahwin dengan warga tempatan
dan mempunyai anak juga merayu bantuan untuk pulang selepas terkandas
masing-masing sembilan dan 11 tahun. – BH Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 hours ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

2 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

4 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

5 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

7 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

7 days ago