Categories: Berita Lain

Pembangkang Mungkin Kalah Kerana Jahil Isu Sabah, Sarawak Kata Pakar


PETALING JAYA: Pakar ekonomi terkemuka Prof Jomo Kwame
Sundaram berkata kejahilan parti pembangkang Semenanjung terhadap isu yang
dihadapi Sabah dan Sarawak akan memberi kesan kepada mereka pada pilihan raya
umum (PRU) akan datang.

Jomo berkata parti pembangkang tidak sensitif terhadap
harapan dan aspirasi rakyat Malaysia Timur dan ini sebabnya mengapa mereka
masih tidak dapat bekerjasama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pembangkang mungkin akan kalah, bukan kerana mereka lemah
tetapi kerana pembangkang di Semenanjung tidak mahu bersatu dengan pembangkang
di Sabah dan Sarawak,” kata Jomo semasa pelancaran buku mengenai sejarah
Malaysia oleh ahli politik veteran Dr Syed Husin Ali semalam.

“Penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Sabah dan Sarawak adalah
sangat penting,” katanya.

Jomo berkata perpecahan dalam kalangan pembangkang juga akan
memihak kepada Barisan Nasional (BN), sambil menambah ini dapat mengubah balik
politik negara sepertimana 3 dekad lalu.

“Kita mungkin akan melihat BN memegang 2/3 majoriti di
Parlimen dengan parti pembangkang terbesar menjadi DAP seperti yang berlaku
pada 1980-an,” katanya.

Sebanyak 56 daripada 222 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat
berada di Sabah dan Sarawak, sebahagian besarnya dimenangi BN pada PRU lalu.

Minggu lepas, Naib Presiden Warisan Junz Wong memberitahu
FMT, walaupun parti itu menerima manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Sabah,
tetapi mereka tidak mahu bersekutu dengan parti gabungan pembangkang dari
Semenanjung.

Wong berkata ini kerana Warisan tidak mahu dimanipulasi atau
dikawal oleh parti dari Malaysia Barat. – Free Malaysia Today

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago