Categories: Berita Lain

‘Anak Mak Cik Terjun Dah Setengah Jam Tak Timbul’


KUANTAN: “Dia anak sulung daripada empat beradik yang
menjadi harapan keluarga, namun takdir Allah SWT menentukan segalanya,” kata
Koperal Fatimah Awang, 44, ibu kepada Muhammad Ashraf Amran, 19, dari Flat
Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur yang ditemui lemas selepas mandi bersama lapan
rakan di tingkat satu Air Terjun Berkelah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mayat pelajar jurusan
Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, di
sini, ditemui pasukan penyelamat selepas tiga jam menjalankan operasi mencari
dan menyelamat (SAR).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Fatimah yang bertugas di Jabatan Pengurusan Bukit Aman
berkata, dia mendapat tahu kejadian itu pada jam 5 petang sebelum bergegas ke
Kuantan dari Kuala Lumpur untuk mengetahui kejadian sebenar lapor My Metro.
“Rakan arwah dikenali Yasmin menghubungi saya dan
memberitahu ‘anak mak cik terjun dah setengah jam tak timbul’ menyebabkan
terdetik di hati saya sesuatu perkara buruk berlaku,” katanya ketika dihubungi,
di sini, semalam.
Katanya, ketika tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),
di sini, pada jam 10 malam kelmarin, dia tidak dapat menahan sebak selepas
melihat jenazah anaknya, namun reda dan menganggap ia ujian Allah SWT.
Beliau berkata, kali terkahir dia bertemu arwah yang pulang
ke Kuala Lumpur pada cuti semester kira-kira dua minggu lalu.
“Arwah meminta saya masakkan makanan kegemarannya iaitu ayam
masak merah dan dia menikmati hidangan itu dengan penuh selera,” katanya.
Fatimah berkata, arwah tidak menunjukkan perubahan pelik
kecuali dalam tempoh dua minggu bercuti itu Muhammad Ashraf banyak meluangkan
masa bersama keluarga berbanding sebelum ini asyik bersama rakan.

Katanya, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, jam 12 tengah hari semalam.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago