Categories: Berita Lain

Penduduk Runsing Kawasan Flat Dipenuhi Warga Asing Terutama Myanmar


AMPANG: Lambakan warga asing terutama dari Myanmar yang
menghuni flat Taman Pandan Mewah sangat membimbangkan, malah, tanpa rasa malu
mereka turut menjalankan perniagaan secara terbuka seperti perniagaan kedai
runcit, gerai makan dan barangan lusuh.
Keadaan itu membuatkan kawasan flat tidak ubah seperti
sebuah pasar di Myanmar walaupun pelbagai operasi dilakukan dan selain warga
Myanmar, turut memonopoli perniagaan serta bekerja di situ adalah warga
Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan Indonesia.
Paling menjijikkan, longgokan sampah yang ditinggalkan
mereka selepas menjalankan perniagaan haram di sekitar flat 12 blok itu
menjadikan kawasan itu antara tempat panas kes demam denggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut menjalankan perniagaan secara bebas seperti menjual
sirih, mengutip besi buruk, sehingga ada yang menternak ayam di kaki lima kedai
adalah pelarian etnik Rohingya.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pandan Mewah, Shaharuddin
Ismail, 56, berkata, kebanjiran warga asing yang berniaga di kawasan itu
menjejaskan pendapatan peniaga tempatan dan mewujudkan masalah sosial.
“Sudahlah menjalankan perniagaan sesuka hati tanpa ada lesen
yang sah, selepas itu buang sampah merata-rata. Tidak mustahil, kes demam
denggi kawasan ini semakin meningkat.
“Ketika hujung minggu pula terdapat warga asing yang mabuk
dan mula mengganggu ketenteraman penduduk setempat, selain ada kedai judi di
sekitar flat,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan masalah penduduk oleh
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Jabatan Imigresen Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Menurut Shaharuddin, kebanjiran warga asing di kawasan itu
disebabkan terdapat pemilik kediaman yang menyewakan rumah mereka sehingga
RM1,100 sebulan kepada warga asing berbanding sewa bulanan sebanyak RM700
kepada rakyat tempatan.
“Sebab itu, ramai pelarian Rohingya di sini dan ada yang
berkongsi rumah sehingga tiga keluarga. Setakat ini, tindakan yang diambil
pihak berkuasa bagi menangani masalah warga asing yang memonopoli perniagaan
masih tidak cukup. Saya berharap tindakan lebih tegas diambil bagi menangani
isu ini,” katanya.
Sementara itu, Iskandar berkata, tinjauan yang dilakukan
adalah hasil aduan penduduk setempat yang memaklumkan ada warga asing terutama
Myanmar yang memiliki perniagaan.
“Hasil tinjauan mendapati mereka menjalankan perniagaan di
sekitar kawasan parkir dan ada yang menggunakan van rosak serta tidak boleh
bergerak sebagai tempat penyimpanan barang kitar semula.
“Keadaan ini membuatkan persekitaran kotor dan sampah yang
dilonggokkan menjadi tempat takungan air sehingga pembiakan nyamuk semakin
menjadi-jadi selain tikus. Tindakan perlu diambil segera kerana ada juga warga
asing menggunakan lesen perniagaan penduduk tempatan.
“Saya difahamkan lebih kurang 1,000 pemegang kad Pesuruhjaya
Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tinggal di
kawasan ini dan siasatan perlu dilakukan sama ada mereka masuk secara sah atau
tidak,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen
Selangor Ramli Othman berkata, sebagai pemegang kad UNHCR, pelarian Rohingya
tidak dibenar menjalankan urusan perniagaan.
– My Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

16 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

17 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago