Categories: Berita Lain

Sultan Selangor Titah Tarik Balik Tauliah Zamihan



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain.

Menurut kenyataan, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, berkata baginda turut berkenan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas Sultan Selangor berbincang dengan Dewan di-Raja Selangor hari ini supaya Majlis Agama Islam (MAIS) mengambil tindakan demikian mengikut peruntukan Peraturan 17, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan Mat Zin yang mengandungi perkataan-perkataan yang bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap Institusi Diraja.


“Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di Masjid Diraja, yang ceramah seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Jelas Hanafisah, pada masa sama, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan dua perkara yang perlu dilaksana dan dikuatkuasakan oleh semua pengurusan masjid dan surau di Selangor.

Yang pertama adalah semua pengurusan masjid dan surau di seluruh Selangor perlu membuat rakaman video bagi setiap ceramah dan kuliah yang diadakan di premis masing-masing bagi merekod dan memantau setiap isi kandungan ceramah yang berlangsung.

Beliau berkata, ia bagi memastikan setiap isi kandungan ceramah mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

Dalam pada itu, baginda juga menitahkan penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di seluruh Selangor hendaklah dihadkan di dalam masjid dan surau dan bukan di luar kawasan kecuali untuk azan dan bacaan ayat suci al-Quran,tambahnya.

Menurutnya, larangan itu bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

“Raja-raja Melayu berpendirian bahawa imej Islam sebagai Agama Persekutuan adalah agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleransi, sederhana dan inklusif dan wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat.


Advertisement



“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua rakyat Negeri Selangor untuk menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan demi kestabilan dan keamanan negara,” katanya.

Berikutan susulan kontroversi itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menitahkan supaya pengurusan masjid dan surau di Selangor merakan setiap ceramah dan kuliah dijalankan.

Tujuannya ialah pemantauan bagi mematuhi Peraturan-peraturan Tauliah dan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

Terdahulu, Zamihan dilapor mempertikai pendirian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu dobi eksklusif untuk umat Islam sahaja di Muar. – siakap keli

Sumber – Berita Harian, Malaysia Kini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago