Categories: Berita Lain

Calon Lantikan Politik Dalam GLC Perlu Ada Kelulusan Kata Tun M



SHAH ALAM – Calon bagi lantikan politik di dalam sesebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seharusnya dipilih berdasarkan kelulusan serta kelayakan bagi mengelakkan daripada berlakunya salah guna kuasa.


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lantikan politik di dalam GLC tidak boleh dilakukan secara sesuka hati demi kepentingan-kepentingan lain antaranya seperti bagi mendapatkan sokongan daripada calon yang bakal dilantik tersebut lapor Sinar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Memang pemimpin diberi kuasa untuk melaksanakan sesuatu namun ia harus diguna mengikut perengan-perenggannya dan tidak boleh dibuat secara sesuka hati.

“Umpamanya lantikan dibuat untuk kepentingan bagi mendapat sokongan dari calon yang dilantik walaupun pihak berkenaan tidak mempunyai kelayakan dan ini adalah merupakan salah guna kuasa,”katanya ketika menjawab soalan netizen menerusi Sesi Soal Jawab Live di Facebook Bicara Wawasan 2020 ‘Agenda Perangi Rasuah’, hari ini.

Selain itu, Mahathir berkata, di Amerika Syarikat, calon menteri yang bertanggungjawab terhadap dasar luar akan disoal oleh parti kerajaan dan parti lawan terlebih dahulu sebelum dilantik.
Menurutnya, sekiranya calon berkenaan

tetap dipilih walaupun parti lawan tidak berpuas hati, serangan akan dilakukan di dalam dewan terhadap pihak berkenaan.

“Pada hari ini, semua lantikan politik GLC di negara ini dibuat oleh perdana menteri dan yang diutamakan adalah calon yang beri sokongan kepada dirinya. Inilah yang dikatakan sebagai salah guna kuasa,” katanya.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri itu memaklumkan bahawa gejala rasuah melibatkan pegawai-pegawai kerajaan pada masa dahulu tidak begitu ketara di negara ini.

Beliau berkata, pada masa dahulu, gejala rasuah hanya melibatkan item-item kecil serta pegawai-pegawai berjawatan rendah.

“Namun sekarang, gejala rasuah ini telah melibatkan sehingga Setiausaha Kementerian malah jumlah wang yang diseleweng juga meningkat sehingga ratusan juta.

“Dulu kes rasuah tidak begitu besar namun kini seluruh dunia memanggil kita sebagai antara 10 negara yang mengamalkan budaya rasuah terbesar di dunia,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

32 mins ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

19 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago