Categories: Berita Lain

Tangkap Shafie Afdal, Cubaan Untuk Melumpuhkan Warisan

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal. – Foto: Free Malaysia Today

SHAH ALAM – Penahanan beberapa pemimpin kanan Parti Warisan
Sabah (Warisan) termasuk Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal didakwa bertujuan
melumpuhkan parti itu dan menakutkan penyokongnya.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad juga
mendakwa penahanan pemimpin kanan Warisan itu adalah atas arahan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kali ini Najib mengarahkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia) menangkap pemimpin-pemimpin Warisan di Sabah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pegawai SPRM diugut untuk melaksanakan arahan Najib. Jika
tidak patuh tindakan tertentu akan diambil. Mereka mungkin diturunkan pangkat,
ditukar ke jawatan lain yang lebih rendah, dimansuhkan hak pencen dan bermacam
lagi,” katanya dalam catatan terbaharu diblognya.


Dakwa Mahathir lagi, pegawai tinggi PDRM, pegawai di jabatan
pendakwa raya termasuk pengarah syarikat dalam Khazanah ditakutkan supaya
menyokong perbuatan salah Najib demi menang pilihan raya.
“Demikian juga pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan yang
akan dilantik mengurus pilihan raya. Mereka akan disuruh menipu untuk beri
kemenangan kepada Najib dalam PRU14.
“Pakatan Harapan yakin akan menang jika tidak ada penipuan
dalam pilihan raya. 90 peratus pengundi yang berdaftar sudahpun menyatakan
mereka tolak Najib,” katanya.
Pakatan Harapan berjanji akan membela nasib penjawat awam
yang teraniaya sekiranya menang PRU14.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Mahathir
mempersoalkan kewujudan sebuah estet industri ketika melawat Kuantan, baru-baru
ini.
Dakwanya, estet industri itu mempunyai keluasan 3,000 ekar,
dikelilingi tembok simen setinggi lapan kaki dan sembilan kilometer panjang.
“Tulisan atas tembok gergasi ini hanya dalam bahasa Inggeris
dan bahasa asing. Dalam kawasan ini terdapat banyak bangunan yang berbentuk
kilang.
“Orang Malaysia tidak dibenar masuk ke estet industri ini.
Dikatakan semua pekerja datang dari negara yang memiliki estet ini yang
jumlahnya dikatakan seramai 3,000 pekerja,” katanya.
Dakwa Mahathir lagi, kononnya estet industri itu turut
lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kedai dan restoran yang membekalkan
keperluan untuk pekerja dan pegawai.
“Ada yang berkata wang yang digunakan dalam estet ini bukan
dalam Ringgit Malaysia, tetapi asing.
“Saya tertanya-tanya apakah mereka menggunakan undang-undang
Malaysia? Apakah pihak berkuasa Malaysia meluluskan pembangunan dalam kawasan
ini? Apakah mereka bayar cukai kepada kita,” katanya.
Mahathir turut mempersoalkan kewujudan estet industri itu
yang hanya terdapat di Pahang sahaja.
“Dengan adanya estet industri seperti ini, Malaysia akan
jadi negara maju. Tak usahlah tanya akan peluang pekerjaan, kontrak, berniaga
oleh rakyat Malaysia. Kita perlu korbankan diri untuk mendirikan negara maju
milik orang asing.

“Syabas Najib. Awak cukup bijak. Tidak ada cara yang lebih
baik untuk bangunkan negara daripada menjualnya,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

12 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

7 days ago