Categories: Berita Lain

Bayi Menyusu Botol Ditutup Muka Dengan Kain, Kaki Tangan Diikat

Gambar beberapa bayi diikat kaki dan tangan mereka dengan
kain lampin sambil muka ditutup dengan kain dalam keadaan sedang menyusu
botol.  – Foto: The Reporter
MELAKA 25 Okt – Kerajaan negeri mengarahkan pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau sebuah pusat asuhan kanak-kanak (taska) di
Paya Rumput, susulan terdapat aduan yang mendakwa wujudnya unsur penganiayaan
terhadap bayi di bawah jagaan pusat berkenaan oleh bekas pengasuhnya, lapor
Sinar Harian.
Beberapa gambar serta video yang dirakam menggunakan telefon
bimbit oleh salah seorang bekas pengasuh taska tersebut menunjukkan beberapa
bayi diikat kaki dan tangan mereka dengan kain lampin sambil muka ditutup
dengan kain dalam keadaan sedang menyusu botol.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Video berdurasi satu minit 27 saat itu juga menunjukkan
seorang pengasuh yang baru bangun dari tidur menengking bayi yang menangis dan
memasukkan botol susu dengan kasar. Satu lagi video yang berdurasi 11 saat pula
menunjukkan seorang pengasuh taska memandikan bayi yang ditiarapkan di atas
lantai tandas dalam keadaan menangis.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan
negeri, Datuk Latipah Omar berkata, hasil siasatan JKM mendapati dakwaan yang
viral di media sosial itu adalah benar. Perkara itu dilakukan oleh bekas
pengasuh yang berusia dalam lingkungan 60-an dan telah diberhentikan kerja dua
minggu lalu.

“Pengusaha taska sudah memberi penjelasan dan pihaknya telah
memberhentikan wanita terbabit selepas berkhidmat di situ selama tujuh tahun.
“Difahamkan keadaan itu berlaku sejak beberapa bulan yang
lalu, mungkin perasaannya terganggu disebabkan wanita berkenaan masih bujang,”
katanya.
Menurut beiau, pihak JKM sebelum ini ada menerima aduan
daripada ibu bapa mengenai perkara tersebut dan beberapa siri lawatan telah
dilakukan. Bagaimanapun tiada bukti yang sahih untuk mengaitkannya sehinggalah
gambar dan video dirakam salah seorang bekas kakitangan taska tersebut.
“Pengusaha taska juga telah diberikan amaran serta nasihat.
Sekiranya gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan
tindakan,” katanya.
Justeru, beliau meminta JKM kerap melakukan lawatan secara
berkala bagi memastikan taska tersebut sentiasa mematuhi garis panduan yang
ditetapkan.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago