Categories: Berita Lain

Remaja 13 Tahun Dirogol 21 Lelaki Di Dua Lokasi Dan Waktu Berbeza

Mangsa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi semakin sensitif terutamanya apabila diajak berbincang tentang masalah dihadapinya. – Gambar Hiasan.


JAKARTA, INDONESIA – Seorang remaja perempuan berusia 13
tahun dari Walenrang, daerah Luwu, Selatan Sulawesi, berada dalam keadaan
trauma selepas dirogol 21 lelaki di dua lokasi dan waktu berbeza, lapor The
Star
“Mangsa takut bertemu dengan orang. Ketika kami datang
menemuinya pada Isnin, dia sangat takut untuk bertemu dengan kami. Selepas kami
menjelaskan identiti kami, akhirnya dia bersetuju untuk berjumpa dengan
kami,” kata Andi Fatmawati Syam, Ketua Bahagian Perlindungan Wanita dan
Kanak-Kanak di bahagian Pentadbiran (PPPA) cawangan Daerah Luwu, Selasa.
Bukan sahaja takut untuk berjumpa dengan orang, malah
katanya, mangsa menjadi semakin sensitif terutamanya apabila diajak
membincangkan masalah yang dihadapinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia bercakap sedikit sahaja. Setiap kali kami
menyentuh perkara yang berkaitan dengan kejadian itu, matanya tiba-tiba
berair,” katanya.
Fatmawati berkata, pihak PPPA akan memberi bantuan guaman
dan kaunseling pada mangsa untuk membantunya pulih kembali.
Mangsa, graduan pertama di sekolah menengah di Luwu, dirogol
21 lelaki berusia dari 13 hingga 30 tahun. Seramai 14 suspek telah ditahan
sejak minggu lalu. Sementara itu tujuh lagi suspek masih bebas.
“Kami telah mengenal pasti identiti tujuh suspek berkenaan.
Kami yakin mereka akan diberikas tidak lama lagi,” kata Ketua Polis Daerah
Luwu, Adj. Sr. Comr. Ahmad Yanuari dalam kenyataan pada hari Selasa.

Menurutnya, mangsa telah dirogol sejak bulan Ramadan yang
lalu, Jun 2017. Tetapi kes itu hanya dilaporkan kepada polis pada 11 Oktober
lalu.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

11 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago