Categories: Berita Lain

2 Pelajar Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Longkang


KUALA LUMPUR – Dua pelajar tingkatan satu hilang dan
dikhuatiri lemas setelah terjatuh lalu dihanyutkan arus deras longkang
berdekatan sebuah sekolah menengah di Taman Yarl, berhampiran Jalan Klang Lama
di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa terbabit
Muhammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, masing-masing
berumur 13 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Roslan Khalid berkata
siasatan awal mendapati tiga pelajar lelaki dikatakan sedang menyeberangi
longkang berkenaan selepas habis waktu persekolahan berhampiran sekolah
menengah di taman perumahan itu.
“Sewaktu kejadian arus di longkang berkenaan deras dan dua
daripada mereka telah dihanyutkan arus. Seorang lagi rakan mereka berjaya
menyelamatkan diri dengan berpaut pada tebing sebelum memaklumkan kejadian
kepada pihak sekolah,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.
Roslan berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang
bermula sejurus selepas laporan diterima petang ini akan diteruskan sehingga
pagi esok.
“Kita akan melakukan pencarian dari kawasan mangsa terjatuh
sehingga ke Lombong Kampung Muhibah dengan anggaran jarak satu kilometer.
“Sekiranya belum ditemui juga kita akan meminta bantuan unit
penyelam bagi usaha mengesan mangsa. Kita juga belum mendapatkan keterangan
penuh daripada mangsa yang selamat kerana dia masih trauma dan menerima rawatan
di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya.

Beliau berkata operasi SAR yang bermula petang tadi itu
turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia. – BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

6 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

2 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

2 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

2 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

3 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

4 days ago