Categories: Berita Lain

Sebak, Pilu Saat Suami Dipertemukan Kali Terakhir Dengan Jenazah Isteri


AIR mata seorang suami mengalir disaat mengucup jenazah
isterinya ketika dipertemukan untuk kali terakhir di Jabatan Forensik Hospital
Melaka (JFHM), Melaka Tengah, hari ini.
Mohd Nazri Kamaruddin, 34, yang patah kedua-dua tangan dan
kaki dalam kemalangan yang mengorbankan isterinya itu diberi kesempatan untuk
menatap jenazah Allahyarham Siti Sarah Azahari, 34, sebelum dikebumikan.
Malah, pekarangan JFHM diselubungi suasana pilu selepas ahli
keluarga dan waris arwah yang tidak dapat menahan sebak bergenang air mata
melihat Mohd Nazri, yang terbaring di atas katil mengucup Siti Sarah yang
diletakkan di sebelahnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam kemalangan di Kilometer 197.9 Lebuh Raya Utara Selatan
(PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh pada 7 malam
semalam Siti Sarah dan pemandu treler P Vedantham, 56, maut di lokasi kejadian.

Anak lelaki Siti Sarah, berusia enam tahun yang parah di
kepala kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka manakala
seorang lagi berusia empat tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, jenazah Siti Sarah yang selesai dibedah siasat di
Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah pada 2 petang terus dibawa ke JFHM untuk
dipertemukan dengan suaminya buat kali terakhir.
Seterusnya jenazah ibu kepada dua anak itu dibawa pulang ke
rumah keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Asam Kumbang,
Bemban, Jasin.
Ibu Allahyarham Siti Sarah, Esah Osman, 58, berkata, kali
terakhir dia berjumpa Siti Sarah pada cuti perayaan Deepavali lalu, namun anak
ketiga daripada enam adik-beradik itu langsung tidak menunjukkan sebarang
perubahan.
Katanya, dia hanya mengetahui kemalangan meragut nyawa
anaknya itu pada 11 malam semalam, selepas adik ipar Siti Sarah datang ke
rumahnya memaklumkan perkara itu.
“Ketika diberitahu berita duka itu saya dan suami sukar
untuk percaya kerana semuanya berlaku secara mengejut. Lima tahun lalu anak
kedua kami pergi buat selamanya sekarang anak ketiga pula. Anak kedua meninggal
dunia ketika usianya 34 tahun begitu juga dengan Siti Sarah.
“Mungkin saya tak sedar perubahan arwah, tetapi ketika dia
mahu pulang ke rumahnya selepas cuti, saya berasa seperti hendak menciumnya
yang teramat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital
Alor Gajah.
Menurutnya, Siti Sarah yang berkhidmat sebagai guru dianggap
sebagai seorang anak yang pemurah serta tidak lokek berikutan kerap memberikan
wang kepadanya dan suami setiap kali pulang ke kampung.
“Tak sangka cuti Deepavali lalu pertemuan terakhir kami, sebelum
ini arwah ada beritahu cuti sekolah akan datang dia tak dapat pulang ke kampung
kerana perlu jadi pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),”
katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik
negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, siasatan lanjut berhubung
kemalangan maut itu sedang dilakukan membabitkan pelbagai aspek.
“Kejadian dipercayai berlaku apabila Honda Jazz dinaiki
empat beranak yang dalam perjalanan dari arah Johor ke Kuala Lumpur tidak
sempat mengelak treler yang terbabas ke laluannya.
“Siasatan mendapati treler datang dari arah Kuala Lumpur ke
Johor dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan memasuki
laluan bertentangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan
1987,” katanya. – my Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

20 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

2 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

2 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

3 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

3 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

4 days ago