Categories: Berita Lain

Kes Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan


JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki rakyat Bangladesh,
awal hari ini, bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan yang
disyaki dilacur ibu mereka.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata
kelima-lima pekerja kilang berumur 28 hingga 42 tahun ditahan itu di sekitar
kawasan Senai dekat Kulai.
“Penahanan dilakukan ekoran tertangkapnya seorang wanita
yang disyaki melacurkan kedua-dua anak perempuannya,” katanya menerusi
kenyataan di sini malam ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Khalil berkata kelima-lima lelaki terbabit dibawa ke
Mahkamah Majistret Johor Bahru tengah hari tadi untuk mendapatkan perintah
reman.
Beliau berkata kesemua mereka kini direman bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran (Atipsom) 2007.
Rabu lepas, polis menahan seorang wanita, kerana disyaki
melacurkan dua anak perempuannya yang berumur lapan dan 10 tahun kepada tiga
lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.
Wanita berumur 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman
Bintang, Senai, dekat Kulai, selepas polis bertindak atas maklumat awam.
Wanita itu disyaki melakukan kegiatan itu sejak sebulan
lepas.
Dia disyaki membawa kedua-dua anaknya ke hotel terbabit
setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki itu.
Wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal dipercayai
menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan ‘urus niaga’ berkenaan.

Kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah
untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago