Categories: Berita Lain

Suri Rumah, Doktor Antara Diterima Jadi Warganegara

Sebahagian masyarakat India yang menerima Surat Kelulusan
Kewarganegaraan mengangkat sumpah di Wisma Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
semalam. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Hasrat untuk menjadi rakyat sah
Malaysia bagi beberapa individu akhirnya tercapai apabila menerima dokumen
taraf kewarganegaraan negara ini dan bakal menikmati kemudahan sebagai
warganegara setelah menunggu puluhan tahun.
Bagi seorang suri rumah S. Vanitha Mani, 37, tiada apa yang
dapat menggambarkan kegembiraannya apabila penantian hampir 20 tahun untuk
menjadi rakyat sah negara ini akhirnya tercapai setelah beberapa kali
permohonannya sebelum ini gagal disebabkan beberapa masalah dokumentasi.

Vanitha Mani yang ditemani suaminya P. Arumugam, 45,
tersenyum lebar apabila menerima Surat Kelulusan kewarganegaraan daripada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis yang diadakan di
sini, semalam.
“Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa gembiranya
perasaan saya hari ini. Terima kasih kerana akhirnya saya diterima menjadi
rakyat Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tambahan pula, saya amat gembira kerana surat kelulusan
kewarganegaraan saya diserahkan sendiri oleh seorang pemimpin yang berlainan
bangsa, tidak meminggirkan kaum lain di negara ini. Kalau di India, nak jumpa
pemimpin atau menteri secara dekat, hanya mimpi sahaja tetapi di sini, saya
boleh tengok depan mata sahaja,” katanya kepada Bernama selepas majlis
berkenaan.
Vanitha Mani yang berasal dari Karaikudi, India menetap di
negara ini sejak berkahwin dengan suaminya yang merupakan rakyat Malaysia pada
1998 dan pasangan itu dikurniakan tujuh cahaya mata berumur enam hingga 19
tahun.
Katanya rakyat Malaysia sangat bertuah kerana sejak lahir
pelbagai bantuan disediakan kerajaan, terutama dalam bidang kesihatan,
pendidikan dan kebajikan pelbagai pinjaman yang disediakan untuk memulakan
perniagaan.
“Dulu kalau dapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia, saya
terpaksa membayar RM15 untuk rawatan namun bila jadi warganegara, hanya perlu
bayar RM1 saja, “ katanya yang mendapat taraf penduduk tetap pada 2010.
Seorang doktor yang berkhidmat di sebuah klinik kesihatan di
Taiping, Perak,  Dr Celine Soosai, 47,
melahirkan rasa terharu kerana beliau juga akhirnya menjadi warganegara
Malaysia selepas 47 tahun.
Beliau yang berasal dari Chennai, India dijadikan anak angkat
sepasang suami isteri warganegara Malaysia dan dibesarkan di negara ini.
“Usaha saya untuk mendapatkan hak kewarganegaraan sering
kali gagal setelah permohonan ditolak beberapa kali semenjak berusia 12 tahun
sehinggalah saya menyambung pelajaran di India selama tujuh tahun.
“Sekembalinya saya ke negara ini, saya yang mempunyai kad
pemastautin tetap telah berkhidmat di Hospital Ipoh sehinggalah bertukar ke
Taiping. Akhirnya, usaha saya berbaloi setelah memohon kewarganegaraan menerusi
inisiatif Mydaftar dan hari ini saya bergelar warganegara Malaysia,” katanya.
Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di bawah kendalian
Unit Pembangunan Ekonomi Masyarakat India (SEDIC)  melaksanakan inisiatif Mydaftar sejak 2011.
Inisiatif Mydaftar Mega dilaksanakan pada awal tahun ini,
selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) untuk
menyelesaikan isu kewarganegaraan dalam kalangan masyarakat India secara
sepenuhnya.
Seramai 177 penerima Surat Kelulusan Kewarganegaraan  terdiri daripada masyarakat India yang lahir
sebelum kemerdekaan negara, kelahiran tidak didaftarkan dan tidak mempunyai
dokumen  pengenalan diri menerima surat
berkenaan hari ini. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 hour ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

7 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago