Categories: Berita Lain

Nampak Ular Hubungi 999, Bukannya Tular Di Facebook


MIRI – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihatkan orang
awam agar menghubungi talian kecemasan 999 jika terjumpa ular di kawasan
perumahan atau berdekatan untuk bantuan keselamatan segera.
Pegawai Pertahanan APM Miri Kapten Mohd Hazle Shah Abdul
Hamid berkata orang awam di sini juga boleh hubungi terus talian Pusat Kawalan
Operasi Daerah (PKOD) Miri 085-430489 bagi membolehkan APM menangkap ular
tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“APM Miri terima maklumat kes ular apabila ia tular dalam
laman Facebook Miri Community. Jadi, saya menyarankan masyarakat menghubungi
APM dengan segera jika mengalami kes sama,” katanya dalam kenyataan ringkas, di
sini hari ini.
Untuk rekod, rakaman yang tular semalam mendapat kritikan
netizen apabila individu yang merakam kejadian tidak ada inisiatif untuk
melaporkan kepada APM, sebaliknya mempunyai masa merakam serta berkongsi dalam
media sosial.
Rakaman seekor ular sawa sedang menelan seekor kucing di
Kampung Wireless telah dikongsi oleh seorang individu semalam, namun kejadian
itu dikatakan berlaku pada Selasa lepas. – BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

1 day ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

1 day ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago