Friday, October 10, 2025

Nelayan Indonesia Jadi Jutawan Selepas Temui Muntah Paus

November 17, 2017
1 min read

INDONESIA – Seorang nelayan di Bengkulu, menjadi jutawan
segera selepas menemui ketulan seperti lilin yang disangkanya sampah namun
sebenarnya muntah ikan paus yang berharga ribuan ringgit satu kilogram.
Banjarmasin Post melaporkan, nelayan itu, Sukardi, dari
Kabupaten Kaur, dikatakan sudah menjual 150 kilogram dengan harga 22 juta
rupiah sekilogram membolehkannya mendapat 3.3 bilion rupiah (kira-kira
RM927,000).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia masih mempunyai 200 kilogram yang mahu dijualnya dengan
harga 30 juta rupiah sekilogram yang akan memberinya enam bilion rupiah (RM1.85
juta).
Muntah ikan paus digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan
pewangi agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal dan
sesetengah saintis menggelar ia emas terapung.
Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus
ditemuinya dengan harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta nilai sekarang) Pada 2013,
seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai
Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,623 niai sekarang).
Menurut laporan Kompas, Sukardi menemui muntah paus atau
juga dikenali sebagai ambergis itu terapung di laut antara antara Pulau Dua dan
Pulau Enggano pada 2 November lalu.

Menurutnya, dia menemui muntah paus berwarna putih itu
berselerak di lautan ketika sedang menangkap ikan.
“Saya sangka objek putih ini sampah dan mengutip
memasukkannya ke dalam bot kerana mahu membersihkan laut.
“Sampai di rumah, saya melayari Internet dan baru sedar ia
adalah muntah paus yang mahal harganya,” katanya.
Menurutnya, ketika dipegang muntah paus itu terasa seperti
lilin dan apabila dibakar, ia menyala dan cair seperti lilin.
Sejak berita penemuan muntah ikan paus itu tersebar, dia
menerima banyak panggilan telefon daripada beberapa individu yang mahu
membelinya.

“Saya masih simpan 200 kilogram di rumah dan bersedia
menjual sekiranya ada yang menawarkan harga yang berpatutan,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Palestin Sambut Gembira Pengumuman Gencatan Senjata

GAZA – Tular di media sosial apabila rakyat Palestin dilihat bersyukur dan

Aktivis Malaysia Dijangka Tiba Malam Ini, Semangat Sumud Terus Bergema

KUALA LUMPUR – Misi Global Sumud Flotilla (GSF) bukan sekadar pelayaran membawa