Categories: Berita Lain

Restoran Mamak Caj Kari Kepala Ikan RM600!


GAMBAR sekeping resit yang dikeluarkan oleh sebuah restoran
mamak terkenal di ibu negara tular di media sosial ekoran menggenakan caj harga
kari kepala ikan yang didakwa tak masuk akal.
Menurut pemilik resit berkenaan, Faudzy Asrafudeen, empat
mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesan keluarganya pada malam hujung
minggu lalu berjumlah RM600.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ini bermakna setiap kepala ikan berharga lebih kurang RM150,
dan ia belum termasuk hidangan makanan dan minuman lain, menjadikan keseluruhan
bil hampir RM1,000, lapor Mynewshub lagi.
“Bil makanan lain saya rasa ok sahaja tapi cuba lihat harga
empat kari kepala ikan, terlalu melampau.
“Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda
semua, sila berhati-hati,” katanya berdasarkan posting yang dimuat naik pada
Isnin.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Faudzy makan kari kepala
ikan di restoran mamak berkenaan dan menjelaskan harga yang biasa dikenakan
kepada pelanggan adalah antara RM50 dan RM80 semangkuk.

Dia bagaimanapun tetap membayar caj berkenaan namun kesal
dengan sikap restoran mamak tersebut gara-gara meletakkan harga semahal itu.
“Saya bayar sajalah. Takkan tak bayar pula, sebab dah makan.
Tapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang
terkena macam kami,” katanya.
Menurutnya lagi, pekerja restoran mamak berkenaan sepatutnya
memberitahu dahulu jenis harga yang disediakan, agar pelanggan tidak ‘terkejut’
ketika membayar di kaunter.
“Beritahulah jenis harga yang disediakan, kalau kecil,
sederhana atau besar berapa harganya, jangan tahu hanya ambil tempahan sahaja,”
katanya lagi.
Di ruangan komen, netizen tampil mendedahkan restoran
berkenaan yang terletak di kawasan segi tiga emas di ibu negara memang terkenal
dengan harga yang agak tidak munasabah kepada pengunjung.
“Kepala otak mamak charge RM600 untuk empat kari kepala
ikan! Gila-gila tak patut,” tulis Normanis Nawawi.
“Satu kepala ikan rasanya tak sampai RM30 kot, tu sebab kita
tak gemar nasi kandar, tak ada special apa pun, masak sendiri lagi afdal. Hati
tak sakit kena overcharged macam ni,” kata pengguna Facebook yang menggunakan
nama Roza Sure Bagus.

Sementara itu, Faudzy bagaimanapun tidak bercadang untuk
membuat aduan kepada pihak berkuasa dan hanya meminta agar orang ramai tidak
menjadi mangsa sepertinya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

20 hours ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

2 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

3 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

3 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

4 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

4 days ago