Categories: Berita Lain

RoS Jumpa Setiausaha Agung PPBM Petang Ini


MELAKA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan mengadakan
pertemuan tertutup dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) di jabatan itu di Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini bagi
membincangkan mengenai isu dalaman parti untuk menyelesaikan permohonan
pendaftaran Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, hasil
pertemuan antara pucuk pimpinan parti itu dengan Ketua Setiausaha KDN semalam,
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya pertemuan tersebut
dipercepatkan bagi membolehkan parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apabila Tan Sri (Muhyiddin) memohon supaya pertemuan
tersebut dipercepatkan, RoS memaklumkan akan bertemu dengan Setiausaha Agungnya
pukul 5 petang ini bagi mendengar apa tindakan PPBM bagi memastikan mereka
dapat mengadakan mesyuarat agung pada tahun ini juga.
“PPBM perlu mematuhi perlembagaan parti sendiri iaitu mereka
mesti mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun dan pertemuan tertutup itu
membolehkan saya mendengar apa persiapan mereka bagi melaksanakan tanggungjawab
tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Outreach
Pengurusan Pertubuhan Berintegriti dan majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah
bersama Pertubuhan Pendaftar NGO negeri Melaka di Duyong di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Melaka, Abu Talib Othman dan Pengarah RoS negeri, Nurhafidah
Ali.
Jumaat lalu, RoS memberi amaran kepada PPBM bahawa parti itu
boleh dibatalkan selepas melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat
agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Angkatan Bersatu Anak
Muda (Armada) dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam
perlembagaan parti.
– Antarapos

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago