Categories: Berita Lain

Sindir Pembangkang Gagal Patuhi Perlembagaan Sendiri


PUTRAJAYA – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 akan
menunjukkan kepada parti-parti serpihan UMNO mengenai kaedah melaksanakan
mesyuarat agung mengikut perlembagaan parti yang menepati kehendak Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor.
Tanpa menyebut parti yang dimaksudkan, beliau berkata
terdapat parti serpihan yang ditubuhkan atas dasar ketidakpuasan hati dan
kepentingan diri masing-masing sehingga tidak mengikut perlembagaan parti yang
dibuat oleh mereka sendiri.
“Saya percaya ramai yang akan hadir untuk melihat bagaimana
sebuah parti (UMNO) yang telah ditubuhkan sejak lebih tujuh dekad melaksanakan
mesyuarat mengikut perlembagaan dan yang dikehendaki oleh RoS.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi kita ingin tunjukkan kepada semua untuk mencontohi apa
yang UMNO lakukan,” kata Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan,
selepas melancarkan majlis berkhatan beramai-ramai anjuran kementerian itu, di
sini hari ini.
Baru-baru ini, dilaporkan permohonan pendaftaran Pakatan
Harapan masih belum diluluskan RoS antaranya atas faktor kegagalan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan perhimpunan agung tahunan sejak
parti itu didaftarkan serta permohonan pindaaan perlembagaan PPBM yang belum
diluluskan.
Tengku Adnan berkata beliau percaya parti serpihan seperti
itu akan menjadi seperti parti serpihan lain sebelum ini yang telah berkubur
kerana ditubuhkan atas dasar ketidakpuasan hati dan bukan untuk memperjuangkan
hak dan kepentingan bangsa.
Katanya ini berbeza dengan UMNO yang mempunyai landasan dan
perancangan tersendiri sejak ia ditubuhkan pada tahun 1946 sehingga kini,
antaranya Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Saya percaya parti serpihan ini tidak akan lama seperti
cendawan tumbuh sebelum pilihan raya dan akan mati seperti cendawan mati,”
katanya.
Ditanya mengenai harapannya terhadap PAU 2017 yang akan
berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada 5 hingga 9
Disember ini, beliau berkata ia diharap dapat menerapkan mentaliti menang dalam
semua anggota UMNO memandangkan ini adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihan
raya umum ke-14 (PRU14).
“Kita percaya taklimat dan ucapan dasar presiden akan
menjurus kepada PRU14. Jadi saya berharap supaya perbahasan menjurus kepada itu
dan tidak menyentuh perkara-perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati dalam
kalangan masyarakat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengenai budaya lobi-melobi untuk menjadi calon PRU14,
Tengku Adnan berkata UMNO mempunyai kaedah berbeza untuk memilih calon yang
dikehendaki oleh rakyat dan bukannya yang dikehendaki oleh parti atau ketua
bahagian.
“Kita ada metodologi sendiri di mana kita buat saringan
untuk memilih calon,” katanya.
Bagi memastikan semangat semasa PAU dikekalkan selepas
perwakilan pulang ke kawasan masing-masing, Tengku Adnan berkata pasukan
naziran UMNO akan melaporkan keadaan di setiap bahagian dan cawangan mengenai
gerak kerja mereka. — BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago