Categories: Berita Lain

PKR Setuju Dr Mahathir Jadi PM Sementara Tetapi Bersyarat


PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan
(HARAPAN) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika
gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan
datang.
Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro
politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat restu daripada Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebahagian besar pemimpin PKR enggan mengulas kerana
difahamkan terdapat arahan “menutup mulut” berhubung isu berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami setuju menamakan Dr Mahathir dan Wan Azizah
tetapi dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik.
“Antara syaratnya adalah membebaskan segera Datuk Seri
Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam
hingga 12 bulan (selepas kita mengambil-alih kuasa).
“Kami juga mahu (Dr Mahathir) berjanji bahawa beliau
hanya akan menjadi perdana menteri sementara sehingga Anwar mengambil
alih,” kata sumber itu kepada Malaysiakini tanpa mahu namanya didedahkan.
Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu Malaysiakini
bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah ditugaskan
untuk bersemuka dengan beberapa tokoh dari tiga parti lain, termasuk Dr
Mahathir, mengenai perkara itu.
“Beliau diamanahkan untuk berjumpa dengan tokoh
tertentu agar mereka bersetuju dengan cadangan (syarat) ini,” katanya.
Menurutnya, PKR akan mengumumkan keputusan berkenaan selepas
semua pemimpin bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malaysiakini juga difahamkan bahawa Saifuddin dijadual
melawat pemimpin veteran DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari
ini.


Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di penjara
Sungai Buloh atas kesalahan meliwat, satu pertuduhan yang menurutnya
bermotivasikan politik.
Bekas pemimpin pembangkang itu dijangka dibebaskan pada
pertengahan tahun depan, tetapi akan berdepan dengan larangan lima tahun
daripada menyertai politik selepas itu.

Advertisement
Cadangan gabungan Dr Mahathir – Dr Wan Azizah pertama kali
ditimbulkan pada pemukiman Pakatan Harapan pada awal bulan ini.

Sumber: Malaysiakini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago