Categories: Berita Lain

Tidak Seperti KLCC, Menara Exchange 106 Dibina Tanpa ‘Korek’ Tabung Petronas


Dua menara baharu yang kini giat dibina, Exchange 106 dan
Menara Warisan, tidak menggunakan dana Petronas sepertimana pembinaan Menara
Kembar Petronas (KLCC) yang membelanjakan RM1.8 bilion.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric
See-To berkata, Petronas kini mempunyai aset tunai sehingga RM129 bilion dan
lebih daripada mampu untuk membina kedua-dua menara berkenaan.
“Kalau kerajaan mahu bina dan milik bangunan Exchange
106 tentutlah bukan hal yang sukar. Cuma arahkan Petronas keluarkan duit sahaja
– seperti yang berlaku apabila membina KLCC.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi kalau buat begini, tiada satu sen duit asing
yang akan mengalir masuk ke Malaysia. Petronas juga berhak untuk menggunakan
wang mereka untuk membangunkan “core business” tanpa diambil dan
digunakan untuk tujuan yang tiada kaitan dengan mereka seperti dahulu,”
ujarnya dipetik kenyataan.
Ujarnya, walaupun Menara Exchange 106 yang terletak di Tun
Razak Exchange (TRX) dibina oleh pelabur asing daripada Indonesia, ianya bakal
membawa pelbagai sumbangan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada
rakyat Malaysia.
“Bangunan PNB 118 (Menara Warisan) yang jauh lebih
tinggi dari Exchange 106 dan KLCC juga sedang rancak dibangunkan. Bangunan ini
yang akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan di ASEAN ialah 100% milik
Malaysia melalui PNB,” ujarnya lagi.
Sehingga artikel ini ditulis, Exchange 106 masih dibina dan
kini diketinggian 450 meter dan akan mencapai 492.3 meter setelah ianya siap
dibina.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Walaupun Exchange 106 dan Menara Warisan akan menjadi
bangunan tertinggi di Malaysia, KLCC masih menjadi menara berkembar paling
tinggi didunia.
Exchange 106 dibangunkan oleh Mulia Property Development Sdn
Bhd, sebuah anak syarikat Mulia Group dari Indonesia.
Pencakar langit 106 tingkat termasuk 8 tingkat bawah tanah
ini dibangunkan dikawasan seluas tiga juta kaki persegi dijangka akan siap
pertengahan 2018.
– Malaysian Digest

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

27 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago