Categories: Berita Lain

‘Sarjan Faiz’ Larikan Remaja 16 Tahun Akhirnya Diberkas


KUANTAN – Lelaki yang menyamar sebagai anggota polis semasa
melarikan remaja berusia 16 tahun di Sungai Ruan, Raub pada 27 Disember lepas,
berjaya ditahan di hadapan sebuah hotel di Ipoh, Perak awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Othman Nanyan
berkata suspek berusia 32 tahun yang beralamat di Taman Bukit Indah, Bentong
itu ditahan pada pukul 2.05 pagi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
Raub.
“Pihak polis turut merampas sepucuk pistol bersama kelopak
peluru palsu, dua buah telefon bimbit, sebuah kereta jenis Proton Satria dan
wang tunai berjumlah RM100 daripada suspek tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Siasatan awal mendapati suspek ada tujuh kes di Pahang,
Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur membabitkan kesalahan tipu, cabul, curi,
menyamar penjawat awam dan rogol,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Namun Othman menambah ujian air kencing ke atas suspek
adalah negatif dan kini direman hingga Selasa depan. Kes itu tular di media
sosial apabila netizen digemparkan dengan suspek yang menyamar sebagai Sarjan
Faiz.
Pada 27 Disember lepas, seorang wanita membuat laporan polis
mendakwa anaknya, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi dilarikan anggota polis
bernama ‘Sarjan Faiz’ yang dikatakan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.

Lelaki tersebut meminta izin untuk membantu anaknya membawa
pulang sebuah motosikal yang baharu dibeli. Wan Maziah Wan Mat, 37, kemudian
melihat mangsa menaiki kereta dipandu oleh suspek berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun pada pukul 3 petang hari sama, dia menerima
panggilan telefon daripada anaknya memberitahu berada di Gua Musang, Kelantan
dan memintanya untuk tidak bimbang kerana akan pulang tidak lama lagi.
Mangsa pulang ke Raub pada 29 Disember lalu, dengan menaiki
bas setelah suspek bertindak menghantarnya ke stesen bas Pekeliling, Kuala
Lumpur sebelum itu, kata Ketua Polis Daerah Raub, Supt. Wan Mohd Zahari Wan
Busu.

Advertisement
Beliau turut mengesahkan bahawa tiada anggota polis bernama
Faiz di balai itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan
iaitu melarikan individu dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai
penjawat awam. – BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

16 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

7 days ago