Categories: Berita Lain

Zuraida Kecewa PH Umum Dr Mahathir Calon Perdana Menteri


PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui
sedih dan kecewa dengan pengumuman dibuat Pakatan Harapan (PH) yang menamakan
Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika gabungan itu
memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Zuraida berkata, selepas 20 tahun berjuang seolah-olah
mereka tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri.
“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu,” katanya kepada FMT hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

PH hari ini mengesahkan Dr Mahathir dipilih sebagai calon
perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah
turut mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi
timbalan perdana menteri.
Zuraida berkata, pengumuman PH itu tidak akan
menghentikannya untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi pilihan raya dan beliau
turut mendoakan terdapat perkara baik akan berlaku.
“Kerana apa sahaja akan berlaku kini dan PRU14… dengan izin
Allah,” katanya.
Ahli Parlimen Ampang itu menambah, beliau tidak mempunyai
masalah peribadi dengan pengerusi PH itu.
Beliau turut mengulangi pendiriannya semalam agar Dr
Mahathir menjadi menteri kanan sekiranya PH memenangi PRU14.
Mengulas isu sama, bekas pengerusi Otai Reformis Saari
Sungib berkata beliau setuju Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya bersetuju kerana itu adalah keputusan parti saya dan
keputusan parti saya dibuat bersama-sama dengan Pakatan Harapan,” katanya.
Adun Hulu Kelang dari Amanah itu turut pengumuman itu
merupakan satu perkara yang baharu dalam perjuangan beliau walaupun seringkali
menentang Dr Mahathir semasa pemerintahannya.
Saari turut melihat pengerusi PPBM itu sebagai seorang yang
rasional dan berobjektif dalam cita-cita menumbangkan Umno dan Barisan Nasional
(BN).
“Apa-apa dia buat itu bagi saya mudah. Dia telah melakukan
sesuatu dan menyumbang sesuatu untuk melemahkan rejim Datuk Seri Najib Razak
dan dengan itu dia membantu kita untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.

– FMT

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

21 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago