Categories: Berita Lain

Kenapa UMNO Sibuk Isu Tun M Mahu Jadi Pemimpin? – Rais Yatim


KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO dipertikai kerana terlampau
sibuk dengan isu Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjadi pemimpin di dalam
Pakatan Harapan (PH).
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim
berkata, parti Melayu itu seharusnya lebih terarah kepada usaha menyelesaikan
isu kehidupan berbanding memikirkan hal berkenaan Pengerusi PH itu.
“Dalam UMNO sibuk dengan soalan kenapa Dr Mahathir
disyorkan menjadi pemimpin Harapan. Kenapa tidak selesaikan sahaja isu-isu
kehidupan?” soalnya di dalam catatan terbaharu di laman Twitternya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Catatan terbaharu di laman Twitter Rais mahu pemimpin UMNO
tidak terlalu sibuk dengan isu Dr Mahathir yang mahu menjadi pemimpin. – Sumber
gambar Twitter @DrRaisYatim
Sebelum ini PH bersetuju menamakan Dr Mahathir calon perdana
menteri sekiranya mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan
selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Pakatan Pembangkang itu juga bersetuju menamakan
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana
menteri.
Sejurus selepas dinamakan calon perdana menteri PH, Dr
Mahathir juga berharap keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim melupakan perkara yang
lepas dan sebaliknya menumpukan usaha memenangi PRU14.
Ramai pemimpin UMNO memberikan reaksi mereka yang
kebanyakannya melihat keputusan PH satu langkah mengambil pemimpin ‘kitar
semula’.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut
menyifatkan ketidakstabilan politik pada kepimpinan PH boleh mengakibatkan
jumlah pelabur asing merudum sekali gus menjejaskan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Rais menegur sikap segan pihak tertentu yang
tidak menegur parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana tidak peduli kawasan
masing-masing.
“Ramai yang segan hendak tegur parti-parti komponen BN
yang langsung tidak buat kerja rumah di kawasan masing-masing,” jelasnya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi meminta parti komponen BN menghormati keputusan pucuk pimpinan
dalam menentukan pembahagian kerusi dan calon bagi PRU14.
Ahmad Zahid berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan
beliau akan meneliti setiap calon yang dikemukakan oleh parti komponen dengan
keputusan muktamad akan dibuat oleh Najib.

– Astro Awani

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

4 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

9 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

1 day ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago