Categories: Berita Lain

Perdana Menteri Pun Perlu Patuhi Undang-Undang, Kata Salleh


KUALA LUMPUR: Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr
Mahathir Mohamad seharusnya adalah orang pertama menunjukkan contoh yang baik
dan tidak menyalahgunakan kuasa atau melanggar undang-undang, kata Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata Dr Mahathir merungut beliau tidak dibenarkan
untuk melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital pada Selasa dan Dr Mahathir
perlu tahu bahawa seseorang tidak boleh tiba-tiba muncul semata-mata untuk
bertemu seorang banduan kerana ada prosedur yang terlibat.
“Jika tidak, beliau akan mengajar rakyat Malaysia
bahawa jika anda seorang yang berkedudukan, maka anda tidak perlu mematuhi
undang-undang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Adakah Dr Mahathir mematuhi prosedur yang sepatutnya?
Malah isteri sekalipun tidak boleh melawat suami di penjara jika prosedur
sepatutnya tidak dipatuhi,” kata beliau menerusi catatan dalam blog beliau
sskeruak.blogspot.my malam tadi.
“Isteri dan peguam perlu terlebih dahulu mendapat
kelulusan sebelum dibenarkan melawat banduan dan itupun, ada waktu tertentu dan
tarikh yang diluluskan sebelum lawatan tersebut boleh dilakukan.
“Tidak timbul perkara seperti ‘ad hoc’ atau lawatan
mengejut dan juga ia tidak boleh melebihi jumlah jam yang dibenarkan dalam
seminggu,” kata beliau.
Bendahari UMNO itu berkata ia kelihatan pelik bahawa sebelum
ini Dr Mahathir sama sekali tidak berminat untuk melawat Anwar di penjara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata Anwar dipenjarakan dari 1998 hingga 2004 dan
kemudian dari 2015 sehingga sekarang tetapi Dr Mahathir tidak pernah mahu
melawatnya di penjara.
“Pada 1998, Anwar dimasukkan ke hospital berikutan
insiden ‘mata lebam’ dan Mahathir tidak menunjukkan perhatian untuk melawatnya.
“Bagaimanapun sekarang, oleh kerana Mahathir memerlukan
Anwar untuk menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri, beliau tiba-tiba begitu
teruja untuk bertemu Anwar di penjara,” kata Salleh.
– BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago