Categories: Berita Lain

Pelakon Bergelar Datuk Tampar Polis Positif Ganja


PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah lelaki bergelar Datuk
yang ditahan selepas menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di
Balai Polis Trafik Kota Damansara, tengah hari tadi, disahkan positif dadah.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,
Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.
“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon
berkenaan didapati positif dadah jenis ganja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Esok, pelakon itu akan dibawa ke mahkamah untuk dapatkan reman,”
katanya.
Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari itu, pelakon
terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan
berkaitan satu kemalangan jalan raya.
Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan
secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil
disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.
Difahamkan, dia juga turut menendang dua orang awam yang
berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen
323 Kanun Keseksaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

-Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

19 hours ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

21 hours ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

4 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

5 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago