Categories: Berita Lain

Tsunami Melayu Di Kawasan 3 Penjuru

KUALA LUMPUR: ‘Tsunami Melayu’ diramal berlaku dalam
persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Seorang penganalisis politik berpendapat gelombang itu
akibat kemunculan parti baharu serpihan UMNO dan PAS seperti Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menyebabkan
berlaku pecah undi di kawasan yang akan ditandingi tiga blok gabungan parti
politik.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal
Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa
Ishak, berkata kemunculan parti Melayu baharu membuatkan orang Melayu ada
pilihan lain selain mengundi UMNO dan PAS.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, beliau menjangka walaupun berlaku persaingan
tiga penjuru, UMNO atau Barisan Nasional (BN) masih dapat meraih undi sekali
gus memenangi kerusi berkenaan.
“PRU kali ini berbeza dengan sebelumnya. Kali ini,
percaturannya adalah meraih undi Melayu. Margin (undi) UMNO, BN berskala kecil
kerana tiga penjuru akan jadi pertarungan sengit.
“Kalau dulu satu lawan satu dengan pengundi Cina dan
sebahagian (pengundi) India, ia akan beri undi solid (kukuh) kepada pakatan
rakyat. Maka sekarang pakatan harapan ada peluang kalau (bertanding) dua
penjuru. PAN pengaruh kecil, PPBM pun sama.
“PAN tak boleh tarik undi PAS. PPBM boleh tarik
pengundi atas pagar, manakala sebahagian besar kekal dengan PAS dan UMNO. Kalau
tiga penjuru, PAS dan UMNO masih boleh kekal pengundinya,” katanya selepas
sesi pembentangan kertas kerja pada Persidangan Meja Bulat Pra PRU-14 – BN
kekal atau…?? di Hotel Istana di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, pertandingan tiga
penjuru dilihat lebih cenderung kepada kemenangan UMNO.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Katanya, ini terbukti ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) di
Kuala Kangsar dan Sungai Besar, menyaksikan BN menang di dua kawasan berkenaan.
Dalam perkembangan sama, beliau turut meramalkan kemunculan
parti Melayu baharu tidak akan memberi kesan terhadap trend pengundian
masyarakat Cina pada PRU-14 kerana mereka dilihat cenderung kekal untuk
mengundi parti politik yang sama seperti PRU yang lalu.
Berdasarkan kajian, 106 kerusi kemungkinan menyaksikan
pertandingan tiga penjuru di kawasan majoriti pengundi Melayu pada PRU-14.
Tiga parti utama ditunjangi Melayu, iaitu UMNO, PAS dan
PPBM, dijangka bertembung di 44 kerusi Parlimen. Sebanyak 35 kerusi dijangka
menyaksikan persaingan antara UMNO dengan PAS dan PKR, sementara 27 lagi kerusi
pertembungan antara UMNO, PAS dan Amanah.

– BH Online

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago