Categories: Berita Lain

Kejayaan Dipamer Usaha Saya – Mukhriz


ALOR SETAR – Sebahagian besar kejayaan kerajaan negeri yang
dipamerkan di Ekspo Muafakat Kedah adalah hasil usaha sejak 2013 bukannya dalam
tempoh 2016 sehingga kini.
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
berkata, kebanyakan perancangan dilakukan sejak 2013 dan setiap projek
dicadangkan mengambil masa antara tiga hingga empat tahun untuk dilaksanakan.
“Banyak yang saya lihat kejayaan dipamerkan adalah hasil
usaha sewaktu saya jadi Menteri Besar Kedah. Bermakna tak boleh dianggap
sebagai kejayaan pemimpin baru, yang ambil alih hari ini dan esoknya mengambil
kredit atas kejayaan yang dibuat,” katanya selepas meninjau Ekspo Muafakat
Kedah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Menurutnya, kebanyakan janji yang dibuat sebelum ini
memerlukan masa untuk direalisasikan, bukannya berlaku dalam tempoh singkat, lapor Sinar Harian.
“Sama seperti di peringkat nasional, banyak kejayaan dalam
negara adalah hasil usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
sepanjang 22 tahun beliau berkhidmat,” katanya.
Mukhriz berkata, kebanyakan kejayaan yang diuarkan itu juga
lebih kepada janji yang ditabur untuk PRU14.
“Janji sebelum ini pun masih ada belum tertunai, sebab itu
saya katakan ia bayangan janji sekadar untuk umpan rakyat Kedah agar terus bagi
sokongan kepada BN. Jika setakat janji, tiada bezanya dengan apa yang kami
boleh tawarkan,” katanya.
Mengulas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak bagi menyempurnakan majlis penutupan Ekspo Muafakat pada 3 Mac depan,
katanya, sudah pasti akan ada lagi pengumuman untuk pancing undi rakyat Kedah.
“Harap ada lagi pengumuman yang diterjemah sebagai janji
PRU14. Rakyat pun tahu apa tujuannya, untuk raih sokongan undi. Saya percaya
rakyat Kedah bijak buat penilaian sewajarnya siapa yang patut mereka pilih
kelak,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah mengambil sikap tidak endah terhadap persepsi negatif mengenai Ekspo
Muafakat Kedah.
“Apa yang penting, hasrat kita untuk tunjukkan kepada rakyat
apa yang kita sudah lakukan selama ini, termasuk sedang dalam perancangan. Pada
masa sama, kita bawa pelbagai peluang bawah satu bumbung untuk manfaat banyak
pihak,” katanya.
Ahmad Bashah turut mengambil sikap terbuka dengan komen
dipaparkan di ruang Suara Hati Rakyat yang sebahagiannya tidak memihak kepada
BN.
“Saya tahu ada yang tulis mahu tukar kerajaan termasuk tukar
menteri besar, biasalah ia suara orang ramai. Sebenarnya pembangkang pun nak
tahu apa yang kita lakukan dan akan bangkang sebab itu memang kerja dia,”
katanya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

7 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago