Categories: Berita Lain

61 Kali Lawat Sarawak Bukti Keprihatinan Najib


SONG – Kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
melawat Sarawak menjadi bukti bahawa beliau seorang pemimpin yang mengambil
berat dan prihatin dengan rakyat di negeri Bumi Kenyalang, kata Setiausaha
Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata berikutan melakukan lawatan sebanyak 61 kali
sejak menjadi perdana menteri pada 2009, Najib amat memahami hasrat rakyat
Sarawak.
“Inilah sebab mengapa kita harus mempertahankan dan
mengekalkan beliau untuk menerajui kepimpinan kerajaan di negara ini (pada
Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, ini berbeza dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang
amat jarang melawat Sarawak sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.
Nanta yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah berkata demikian pada Majlis Kasihi Pekebun Kecil Peringkat Kapit dan
Seminar Pembangunan Sosioekonomi Bagi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Daerah
Song di sini, hari ini.
Seramai 295 orang pekebun kecil, ketua masyarakat dan ketua
kaum hadir pada majlis anjuran bersama oleh Risda dan Pejabat Daerah Song itu.
Berhubung manifesto BN negeri yang dilancarkan Ketua
Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam, Nanta berkata ia bukan
omongan kosong.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebagai contoh, Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) yang
memantau pembangunan di kawasan itu turut dimasukkan di dalam manifesto itu
dengan mengambil kira keperluan rakyat di kawasan itu, katanya.
“Segala bentuk pembangunan akan dirangka mengikut keperluan
rakyat dan bukannya berdasarkan kepada perancangan kerajaan semata-mata,”
katanya. – BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

21 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

22 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago