Categories: Berita Lain

Buang Undi Hari Rabu Susahkan Mereka Yang Bekerja – Tun M

Foto: Malay Mail Online

PETALING JAYA: Pengundi yang bekerja akan menghadapi
kesukaran untuk membuang undi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan
hari Rabu (9 Mei) sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
ia sekali gus bukan satu tindakan demokratik kepada pengundi itu sendiri.
Jelasnya, keputusan itu juga akan memberi kesan kepada
Barisan Nasional (BN) dan PH sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Untuk orang kampung mereka boleh tetapi kalau bekerja
susah. Ia juga susah kepada mereka yang tinggal di luar negara.
“Contohnya 500,000 pekerja kita yang berada Singapura
akan menghadapi kesukaran untuk mengundi. Ia bukan tindakan demokratik,”
katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Mesyuarat Presiden PH di sini
hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Hashim Abdullah pada Selasa turut
mengumumkan tarikh penamaan calon pada 28 April.
Bagi pengundian awal pula, tarikh 5 Mei dipilih dan tempoh
berkempen bagi PRU14 adalah 11 hari.
Dalam pada itu kata Dr Mahathir, beliau belum memutuskan
lokasi untuk bertanding pada PRU kali ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya hendak putuskan tetapi keputusan harus diputuskan
oleh jawatankuasa, bukan keputusan saya.
“Pilihan saya Langkawi, Kubang Pasu, Putrajaya dan
Pekan. Banyak tempat,” katanya dalam nada berseloroh.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Pengerusi PPBM itu
sah akan bertanding di Langkawi.
Kerusi Langkawi disandang Datuk Ir Nawawi Ahmad, yang juga
Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi menewaskan
calon PKR, Ahmad Abdullah dengan majoriti lebih 11,000 undi pada pilihan raya
umum lima tahun lalu.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago