Categories: Berita Lain

‘Ini Mungkin Salah Atuk Dulu..”


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dalam
keadaan penuh emosi dalam sebuah filem pendek bersama dua kanak-kanak.
Dalam video berkenaan, seorang kanak-kanak perempuan bernama
Aisyah bertanya kepada Mahathir yang dipanggilnya atuk – mengapa beliau masih
perlu bekerja.
“Kerana atuk perlu buat kerja berkenaan pemulihan
negara kita, disebabkan oleh mungkin kesalahan atuk dulu dan keadaan yang ada
sekarang..,” jawab Mahathir.

Aisyah kemudian memperkenalkan abangnya, Adam sebelum
Mahathir menerangkan mengenai maksud “merdeka” kepada dua kanak-kanak
cilik itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Merdeka bermakna kita bebas, kita tidak tidak dijajah
orang dan kita dapat tadbirkan negara kita sendiri. Dan kita akan membangunkan
negara kita supaya rakyat akan hidup lebih baik, dapat bekerja, dapat
pendapatan dan hidup lebih sempurna,” kata Mahathir.
Ketika Adam bertanya apa harapan “atuk” untuk
Malaysia, Mahathir menjawab:
“Kalau Malaysia ini ditadbir kerajaan yang baik, maka
kita semua akan dapat banyak nikmat.”
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu kemudian dilihat
tidak dapat menahan emosi apabila mengatakan masanya sudah semakin suntuk untuk
melakukan perubahan di negara ini.
“Atuk dah tua, umur dah 90 tahun lebih, jadi masa tak
banyak.
“Tetapi setakat yang boleh, atuk akan berusaha,
sedaya-upaya berkerjasama dengan kawan-kawan untuk pulih semula, negara kita
Malaysia…”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Melihat Mahathir dalam keadaan sebak dan bergenang air mata,
Aisyah memeluk atuknya itu.
Filem pendek lebih meruntun perasaan apabila ia
berlatarbelakangkan lagu Salam Terakhir, yang pernah dipopularkan oleh
allahyarham Sudirman Haji Arshad.


Versi rakaman berkenaan yang lebih lama dimuat naik di laman
Facebook rasmi perdana menteri keempat itu.
Mahathir turut berkongsi sebahagian rakaman itu di Twitter
miliknya.
Setakat ini, ia ditonton lebih 205,000 kali di kedua-dua laman
sosial itu dalam tempoh 30 jam lalu.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago