Categories: Berita Lain

Pencalonan Ditolak Bukti Kecuaian, Ketidakseriusan Pembangkang – Penganalisis


SEREMBAN – Kegagalan calon pakatan pembangkang untuk
menyerahkan borang pencalonan kerana tidak memenuhi syarat serta menampilkan
calon yang tidak layak bertanding kerana sabitan mahkamah jelas memperlihatkan
sikap cuai dan ketidakseriusan, menurut penganalisis politik.
Mereka berpendapat perkara
membabitkan calon pakatan pembangkang
pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini membuktikan bahawa hasrat untuk mengambil
alih tampuk kepimpinan negara dan negeri daripada Barisan Nasional (BN) cuma
omongan kosong.
“Jika perkara sekecil itu pun mereka tidak mampu fokus,
bagaimana hendak mentadbir negeri dan negara,” kata Prof Datuk Dr Mohd Idrus
Mohd Masirin kepada Bernama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) itu berkata sepatutnya pimpinan parti
pembangkang sudah mengingatkan kesemua calon mereka mempersiapkan diri bagi memastikan urusan penamaan calon
berjalan lancar dengan memenuhi syarat yang dikehendaki Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR).
“Saya juga dimaklumkan rakan ada dalam kalangan calon
pakatan pembangkang tidak membawa kad pengenalan asal dan hanya membawa salinan sahaja selain
kes tidak memiliki pas calon untuk masuk menyerahkan borang. Ini satu kecuaian dan mempamerkan
ketidakseriusan,” katanya.
Calon PKR Dr S. Streram tidak dapat mengemukakan kertas
penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti yang disyaratkan SPR
untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon, sekali gus memberi kemenangan
percuma kepada calon Barisan Nasional (BN) Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk
Seri Mohamad Hasan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Sementara pencalonan
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua bagi bertanding kerusi
Parlimen Batu ditolak SPR kerana
disabitkan satu kesalahan di mahkamah dan dikenakan denda RM2000 yang secara
automatik hilang kelayakan untuk bertanding sebagai anggota Parlimen.
Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub, Pahang Che Hamdan Che Mohd
Razali, beliau berpendapat kemenangan diraih
Mohamad hari ini menjadi satu cabaran kepada pakatan pembangkan
meneruskan agenda merampas Negeri Sembilan daripada BN.
“Secara moralnya, ia telah memberikan satu persepsi negatif
kepada rakyat terhadap kesungguhan dan komitmen pakatan pembangkang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagi BN pusat, kemenangan percuma (Mohamad) yang juga
Anggota Majlis Tertinggi UMNO ini merupakan satu signal untuk terus
menggembleng tenaga memastikan mereka mampu mengekalkan kuasa bukan sahaja di
negeri-negeri tetapi juga di peringkat pusat,” katanya.
​​​​​​​Mengulas lanjut, Che Hamdan berkata kemenangan
Mohamad itu akan meningkatkan lagi moral jentera BN untuk bekerja keras
memastikan parti itu terus mendapat mandat daripada rakyat.
Beliau berkata langkah BN menampilkan gandingan lama dan
muka baharu sebagai calon berjaya mengimbangi serta membuka peluang untuk BN
Negeri Sembilan meraih majoriti dua pertiga.
“Bagi MCA pula, kehadiran lapan muka baharu menunjukkan
bahawa mereka serius mahu menebus kekalahan teruk pada pilihan raya umum yang
lalu di Negeri Sembilan,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan
Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib
pula berpendapat kemenangan tanpa bertanding Mohamad tidak memberi banyak
kelebihan kepada BN .
“Pertandingan akan
berlangsung secara adil baik
kepada BN mahupun pakatan pembangkang” katanya.
— BERNAMA  

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

18 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago