Categories: Berita Lain

Pelaburan 1MDB Satu ‘Scam’

Foto: The Coverage

PUTRAJAYA: Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB)
mendakwa terdapat pelaburan yang dibuat oleh syarikat itu sebagai satu ‘scam’
(penipuan).
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pengarahnya, Datuk Kamal
Mohd Ali, kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu perjumpaan di
Kementerian Kewangan di sini, petang tadi.
Guan Eng berkata, beliau bertanya kepada Lembaga Pengarah
1MDB mengenai unit pelaburan bernilai AS$940 juta (RM3.75 bilion) sebelum ini
yang dipegang oleh BSI Bank di Singapura dan dana pelaburan luar negara
bernilai AS$1.56 bilion (RM6.22 bilion) dimiliki oleh 1MDB Global Investments Ltd.
Katanya, kedua-dua pelaburan itu dianggarkan bernilai RM9.8
bilion yang mana jika ditebus, lebih daripada mencukupi untuk melunaskan hutang
1MDB untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Lembaga Pengarah mendakwa mereka sudah berulang kali
mempertikaikan nilai berkenaan, malah kewujudan pelaburan ini sewaktu mesyuarat
bulanan lembaga pengarah.
“Ini kerana, pengurusan 1MDB sudah banyak kali gagal
melaporkan kepada lembaga pengarah mengenai sebarang bukti kewujudan pelaburan
ini sepanjang dua tahun ini.
“Datuk Kamal Mohd Ali menggelarkan pelaburan terbabit
sebagai satu ‘scam’,” katanya kepada pemberita di Kementerian Kewangan, di
sini, petang tadi.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata bekas Ketua Pegawai
Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, bagaimanapun memaklumkan bahawa pelaburan itu
wujud biarpun BSI Bank sudah ditutup operasinya.
Malah, katanya, Azmi memberi alasan tidak munasabah dengan
mengatakan pengurus dana itu enggan berkomunikasi dengan 1MDB secara bertulis
kerana siasatan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
“Arul Kanda pula mendakwa semua hal kewangan 1MDB sudah
diuruskan dengan ketat oleh CFO syarikat dan beliau sememangnya tidak pasti
mengenai berapa nilai pelaburan itu atau sama ada ia wujud atau tidak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Adalah amat tidak munasabah untuk seseorang yang
dibayar mahal dan seorang ahli bank pelaburan berpengalaman boleh tidak tahu
sama ada pelaburan bernilai RM9.8 bilion ini wujud atau tidak.
“Maklum balas diberikan Arul ini amat mengejutkan dan
tidak masuk akal kerana sebelum perubahan kerajaan, beliau sudah menjelajah ke
seluruh negara berceramah mengenai keupayaan kewangan 1MDB dan keberkesanan
pelaburan ini,” katanya.
Malah, tambah Guan Eng, kenyataan dibuat Arul pada hari ini
juga berubah berbanding kenyataan dibuat oleh beliau kepada Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti mana yang direkodkan dalam Hansard.
Sehubungan itu, katanya, beliau mendapati Arul sudah tidak
jujur sama sekali dan mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan
menilai semula kedudukannya sebagai Presiden 1MDB.
“Saya juga mengarahkan kementerian ini supaya melantik
Pricewaterhouse Coopers (PwC) Malaysia untuk melaksanakan audit khas dan
penilaian semula 1MDB supaya rakyat Malaysia dapat tahu kedudukan sebenar
kewangan syarikat ini,” katanya.

– BH Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

16 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago