Categories: Berita Lain

“Bapa Tak Harapkan Apa-Apa”, Kata Marina Mahathir


Sewaktu petisyen untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel mendapat sambutan ramai, anaknya tampil
menjelaskan bahawa bapanya tidak mengharapkan sebarang ganjaran atas segala
usahanya.
“Ianya sesuatu yang bagus tapi saya tahu bapa saya. Dia
tidak mengharapkan apa-apa atas kerja kerasnya. Saya tak tahu nak cakap
macam-mana.
“Tiada apa nak ditambah, bapa saya cakap dia tidak
layak untuk menerima penghargaan seperti itu,” ujar Datin Paduka Marina
Mahathir.
Petisyen hasil usaha Alexandria Abishegam di Change.org pada
Sabtu menerima 40,525 tandantangan sehingga 7 petang, Ahad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut petisyen itu, kemenangan Pakatan Harapan yang
diketuai Dr Mahathir dalam menewaskan Barisan Nasional selepas memegang tampuk
pemerintahan selama 60 tahun bukan sahaja mencatat sejarah malah membuka
dimensi yang dikenali sebagai Malaysia Baru.
Menerusi petisyen itu, Dr Mahathir digambarkan seperti
Nelson Mandela versi Malaysia.
“Dr Mahathir juga secara terbuka mengaku silapnya dan
memohon maaf lantas menjadikan dia sebagai ‘Giant of a Man’ dan pemimpin yang
patut dicontohi,” ujar petisyen itu.
Menurut laporan mStar Online, petisyen itu juga berhasrat memberi pengiktirafan atas
kesungguhun figura berusia 93 tahun itu yang mengetepikan pegangan politik dan
bekerjasama dengan bekas lawannya demi menyelamatkan negara.
Ia turut meraikan pertukaran tampuk kuasa yang berlaku
secara aman yang mana Dr Mahathir mengakui tidak mahu membalas dendam terhadap
Datuk Seri Najib Tun Razak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Antara pemimpin yang pernah menerima anugerah itu ialah
bekas presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama (2009) atas usahanya mengukuhkan
diplomasi antarabangsa dan presiden Colombia, Juan Manuel Santos Calderon
(2016) kerana berjaya mengakhiri perang sivil 50 tahun negara itu.
Tahun lalu, kempen antarabangsa untuk menghapuskan senjata
nuklear yang diasaskan oleh Datuk Dr Ronald McCoy turut menerima anugerah itu.
Menurut Yayasan Nobel, individu yang layak menerima Hadiah
Keamanan Nobel mestilah dicalonkan oleh pencalon yang berkelayakan.
Pencalon mestilah terdiri daripada kategori seperti ahli
kerajaan, ahli Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hauge, profesor
universiti, pemenang Nobel terdahulu ataupun jawatankuasa Nobel Norwegian.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

21 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

22 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago