Categories: Berita Lain

RTM Perlu Ubah Wajah Dalam Tempoh Enam Bulan


KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu
menonjolkan wajah baharu dan lebih agresif dalam tempoh enam bulan sebagai
usaha menarik lebih ramai penonton, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Gobind Singh Deo.

Gobind berkata, perubahan itu bagi memastikan stesen berita
paling utama itu mampu bersaing secara sihat atau lebih baik berbanding stesen
televisyen swasta yang lain termasuk di peringkat antarabangsa.
“Apa yang kita siarkan kepada rakyat adalah sangat penting
kerana ia mencorakkan cara pemikiran rakyat, justeru kita kena lihat kepada
wajah RTM itu sendiri dan ramai memberi maklum balas kepada saya bahawa RTM
kena ada perubahan drastik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi hari ini saya telah minta kepada pengurusan (RTM)
supaya kita lihat kepada penyaing kita seperti CNN dan Al-Jazeera yang
menyediakan bahan yang menarik untuk penonton kerana dalam bidang ini kita nak
tarik minat penonton dan kalau orang tak lihat program kita maka program itu
tidak berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di
RTM dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di
Angkasapuri hari ini.
Bagi mencapai hasrat itu, beliau berkata RTM perlu memberi
perhatian kepada kandungan yang lebih segar, telus, pantas dan bertepatan
dengan kehendak semasa penonton.
Gobind juga tidak menolak kemungkinan menjadikan setiap
saluran di RTM lebih spesifik mengikut kategori penonton.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya dengar pandangan yang diberikan dan ada yang menarik.
Setakat ini kami lihat kemungkinan ada saluran khusus mungkin untuk berita saja
atau sukan saja dan perkara-perkara lain.
“Ini cadangan yang baik tapi saya mahukan lebih lagi kerana
apa yang dikumpul dalam enam bulan ini saya nak bawa ke Kabinet. Ini supaya
kita boleh ubah keseluruhan wajah RTM, lebih terkini dengan cabaran bukan
sahaja di rantau Asia tapi seluruh dunia.
“Media ada di mana-mana, suka tak suka kita perlu adakan
perubahan sistem supaya kita boleh menarik perhatian penonton seluruh dunia dan
boleh bersaing dengan media sedia ada,” katanya. – BERNAMA


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago