Categories: Berita Lain

Damai dengan Tun M, sukar untuk kata ‘tidak’



PETALING JAYA: Tempoh 20 tahun bukan suatu tempoh singkat buat puteri reformasi, Nurul Izzah Anwar untuk merealisasikan impiannya membawa perubahan kepada negara ini.


Selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, ramai pihak ternanti-nanti untuk mengetahui perasaan sebenar keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah berdamai dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya ingin tekankan bahawa ia bukan sesuatu yang mudah buat kami kerana kami turun naik penjara.


“Kami menyaksikan sendiri bila institusi demokrasi disalah guna tapi saya selalu ingatkan diri saya tentang apa yang akan Rasulullah SAW buat.


“Kita cuba selami diri kita, apa yang akan kita buat kalau kita dalam keadaan sebegitu,” katanya dalam satu wawancara secara langsung bersama Sinar Harian di Facebook, Ahad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mengakui bahawa sukar buat mereka sekeluarga untuk berkata tidak kepada Dr Mahathir yang hadir ke mahkamah untuk bersalam dengan bapanya dan mahu mewujudkan parti baharu (PH).


Advertisement



Anwar dibebaskan dari penjara pada 16 Mei lalu selepas menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.


“Bila Tun M datang ke mahkamah, bersalam dengan ayah dan menyatakan mahu bersama PKR, sukarlah untuk kita katakan tidak,” katanya.


Namun, Nurul Izzah sering berpesan kepada dirinya agar meletakkan keutamaan kepada negara.


Beliau juga mendakwa terpaksa melalui hari-hari yang sangat sukar dan kadangkala ia membuatkan dirinya berasa takut.


Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan bahawa beliau tidak mahu membenci sesiapa dan enggan menjadikan perilaku buruk seseorang sebagai dendam peribadi.


Tambah beliau, kasih sayang yang dicurahkan oleh bapanya tidak dibatasi oleh tembok penjara kerana bagi Nurul Izzah: “Sama ada kita habiskan masa dengan ayah di penjara atau di istana, maknanya sama kerana kita masih berdampingan dengan kasih sayang.


“Itu nikmat yang Allah nak bagi, bukan soal bangunan mahligai yang hebat tapi saat dan kasih sayang yang kita kongsi.”


-mymetro

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

16 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago