Categories: Berita Lain

Ratusan Undi Rosak Buat Tun M Pelik “Tak Kan Orang Malaysia Bodoh Sangat”


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendedahkan
punca prestasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang disifatkan tidak
begitu baik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM mendakwa, pihaknya
menerima laporan berkenaan wujudnya beberapa kes penipuan yang dilakukan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyebabkan beberapa calon parti itu
mengalami kekalahan.
“Ada yang setengahnya dah menang, tiba-tiba datang peti
undi lain dan dengan peti undi lain ini pula, kita kalah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ada kes yang mana undi rosak beratus-ratus sampai 700,
800 undi rosak. Takkan lah orang Malaysia ni bodoh sangat tapi itulah sebabnya
prestasi kita tidak begitu baik,” katanya sambil memberitahu bahawa
pihaknya masih gembira di atas kemenangan dalam PRU14.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat PPBM di Menara Yayasan Selangor di sini pada petang
Isnin.
Tambah Dr Mahathir, kemenangan itu adalah sesuatu yang tidak
dijangka, malahan mendakwa pihak media percaya bahawa parti tersebut akan
kalah, tetapi keputusan sebaliknya berlaku pada 9 Mei lalu.
“Bukan sahaja menang, tapi peralihan itu berlaku tanpa
keganasan apa-apa,” kata Dr Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah
pada 10 Mei menafikan terdapat unsur muslihat dalam proses pengiraan undi
berikutan proses tersebut yang mengambil masa terlalu panjang.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir yang turut mengulas
mengenai peletakan jawatan Mohd Hashim berkata: “Saya faham dia akan
meletakkan jawatan, tapi kalau ada apa-apa yang menentang dia, tindakan akan
diambil berpandukan undang-undang negara ini.
“Sejauh yang parti tahu, kami akan mengemukakan kes
kami dan ia bergantung kepada keputusan sama ada dakwaan kami berasas atau
tidak, tapi selepas itu sudah tentu tindakan yang sewajarkan akan
diambil.”

– mStar Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 hour ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

7 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago