Categories: Berita Lain

Sah! Projek HSR Dibatalkan


Keputusan Putrajaya membatalkan projek Kereta Api
Berkelajuan Tinggi (HSR) yang mengubungkan Singapura dan Kuala Lumpur adalah
muktamad, kata perdana menteri.
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pampasan yang dikenakan
terhadap kerajaan kerana membatalkan perjanjian dimeterai sebelum ini mencecah
nilai setengah bilion ringgit.
“Ini adalah keputusan muktamad, tapi ia akan mengambil
masa kerana kerajaan mempunyai perjanjian dengan Singapura.
“Saya difahamkan ia (bernilai) hampir RM500 juta,”
katanya kepada media pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya
petang tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Projek HSR dikatakan sebahagian daripada Program
Transformasi Ekonomi inisiatif perdana menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib
Razak. Ia dilaksanakan pada 2010.
Perjanjian dua hala antara Putrajaya – Singapura untuk
projek HSR ditandatangani enam tahun kemudian.
Dua rakan kongsi untuk melaksanakan projek itu – Malaysian
Resources Corp Bhd-Gamuda Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd-TH
Properties Sdn Bhd menandatangani kerjasama mengenainya bulan lalu.
Apabila siap sepenuhnya perjalanan antara Kuala Lumpur dan
Singapura hanya mengambil masa 90 minit.
Kata Dr Mahathir, projek HSR itu tidak membawa faedah kepada
negara selain memendekkan tempoh perjalanan di antara kedua-dua lokasi, serta
menelan jumlah wang yang sangat besar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kerajaan tidak akan mendapat untung sama sekali
daripada operasinya,” kata perdana menteri.
Ditanya sama ada kerajaan Singapura sudah dimaklumkan, atau
beliau akan bertemu rakan sejawatannya mengenai hal itu, Dr Mahathir berkata:
“Saya tak tahu.”
Namun kata anggota parlimen Langkawi itu kerajaan akan cuba
meminimumkan kos sehabis mungkin dalam langkah pembatalan berkenaan.

Sebelum ini dalam temu bual bersama Financial Times, Dr
Mahathir memberitahu HSR itu adalah satu daripada projek kerajaan yang
“tidak perlu”.
Justeru katanya langkah penjimatan perlu diambil bagi
mengelakkan negara muflis.
“Kerajaan perlu mengetepikan beberapa projek yang tidak
perlu, misalnya projek HSR yang menyebabkan kerajaan Malaysia berbelanja RM110
bilion, dan tidak akan menguntungkan walau satu sen,” katanya.

– Malaysiakini

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago