Categories: Berita Lain

Amil tepi jalan sejak 14 tahun lalu

MAT Yahya (kanan) menerima zakat fitrah daripada Mohd Izad Haikal di tepi jalan utama perumahan Taman Seri Inderapura.


Kuantan: Gelagat dua warga emas yang bertugas sebagai amil bagi mengutip zakat fitrah di tepi jalan utama dekat Taman Seri Inderapura, dekat sini, sejak 14 tahun lalu, sentiasa menarik perhatian pengguna jalan raya berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Mat Yahya Aziz, 61, dan Abdul Rahim Omar, 76, memilih menjadikan laluan utama Kuantan-Pekan itu sebagai tempat mengutip zakat bagi memudahkan pengguna jalan raya.


Mat Yahya yang juga pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang berkata, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) tidak menghalang pemilihan lokasi berkenaan, asalkan tidak mendatangkan bahaya kepada keselamatannya.


“Saya lebih selesa jalankan tugas di sini berbanding duduk di masjid… lagi pun, bolehlah kita permudahkan orang ramai yang kebetulan melalui jalan ini untuk menunaikan zakat fitrah mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Sebenarnya, ramai yang lebih suka macam ini… bayar zakat secara santai, berbanding ke masjid. Tidak kisahlah di mana pun, yang penting kita bayar zakat fitrah dan permudahkan mereka yang ingin membayarnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Bagi Abdul Rahim pula, lokasi berkenaan memberi lebih peluang kepadanya bertemu dan melihat lebih dekat masyarakat setempat, termasuk yang menjalankan aktiviti di bazar Ramadan berhampiran.


“Kelebihan menerima bayaran (zakat fitrah) di tepi jalan seperti ini adalah dapat mengingatkan mereka yang masih belum membayar… bila mereka nampak kami, secara tidak langsung mereka akan ingat bahawa mereka juga belum bayar lagi.


“Boleh kata ini macam dakwah secara tidak langsung kepada orang ramai,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

13 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago