Categories: Berita Lain

Peguam negara boleh didakwa?



SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin membangkitkan satu persoalan sama ada Peguam Negara era kerajaan BN boleh didakwa kerana tidak mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata demikian susulan kenyataan Peguam Negara berkenaan Najib tidak melakukan kesalahan dalam kes pemindahan RM42 juta daripada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International kepada bekas perdana menteri tersebut.


Bagaimanapun, Mohamed Hanipa tidak berhasrat untuk membuat sebarang spekulasi berhubung nasib yang bakal diterima Peguam Negara berkenaan.


“Adapun isu adakah beliau juga wajar didakwa, saya tidak mahu membuat spekulasi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Namun, jika diandaikan Peguam Negara yang baharu nanti memutuskan akan mendakwa bekas Perdana Menteri BN di mahkamah bagi kes pemindahan RM42 juta tersebut, saya rasa berkemungkinan besar Peguam Negara itu (era BN) juga berdepan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media, Selasa.


Dalam pada itu, Mohamed Hanipa menyatakan di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan, seorang Peguam Negara ada budi bicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah.


“Namun seperti mana titah Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam kes Sri Lempah Enteprise tidak wujudnya budi bicara mutlak kerana ‘absolute discretion is a contradiction in terms’.


“Lagipun, jika budi bicara itu dilihat telah secara sengaja disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah, saya tidak fikir budi bicara tersebut boleh melindungi hatta seorang Peguam Negara.


Namun beliau enggan berspekulasi sebaliknya meminta seluruh rakyat sama-sama tunggu tindakan Peguam Negara yang baharu kelak.


Tambahnya, sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (Harapan) mendesak agar Peguam Negara tersebut meletakkan jawatan secara terhormat daripada dipecat.


Terdahulu, Peguam Negara lantikan BN berkata tidak ada bukti penyalahgunaan wang 1MDB daripada mana-mana penyiasatan agensi penguatkuasaan undang-undang membabitkan pelbagai bidang kuasa.


Malah katanya, Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian mengenai tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).-Sinar Online

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

22 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 week ago