Categories: Berita Lain

‘Azlan sebaiknya tarik diri’



KANGAR: Kemelut jawatan Menteri Besar Perlis boleh diselesaikan jika pihak terbabit bertolak ansur, kata setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata Azlan sebaiknya menarik diri kerana pemilihan beliau sebagai menteri besar oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak diterima oleh sembilan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lepas.


“Walaupun beliau telah menerima pelantikan, Azlan seharusnya menarik diri kerana tanpa sokongan sembilan Adun lain bagaimana dia hendak melantik anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri.


“Selama ini dia hanya bergantung kepada Tuanku (Raja Perlis). Pada saya, elok Azlan korban sikit. Lagipun kita telah kemukakan 11 nama kepada Tuanku untuk dipertimbangkan dilantik menjadi menteri besar,” kata Zahidi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata 11 nama itu termasuk pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.


Semua sembilan Adun BN tidak hadir pada istiadat angkat sumpah jawatan menteri besar di Istana Arau pada 24 Mei lepas tetapi tiga Adun Pakatan Harapan dan dua Adun PAS hadir.


Zahidi mengulangi bahawa semua Adun BN akur dan menjunjung perintah Raja Perlis namun bertegas menolak Azlan sebagai menteri besar.


Katanya semua Adun tersebut akan memohon untuk mengadap Tuanku Syed Sirajuddin dalam masa terdekat selepas membuat penjelasan dan memohon ampun kepada baginda dalam sidang media esok sebab-sebab mereka menolak pelantik Azlan.


Pada PRU14 9 Mei lepas, BN menang 10 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Shahidan dan Zahaidi masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Arau dan Padang Besar. – BERNAMA


-mstaronline

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

35 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

23 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago