Categories: Berita Lain

Lima Beradik Yatim Sekelip Mata


MARANG – Lima adik-beradik yang masih kecil menjadi yatim
dalam sekelip mata selepas bapa mereka meninggal dunia selepas diserang sakit
jantung ketika sedang menunggang motosikal.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa, Mohd Rushdi
Jusoh, 40, sebelum itu sempat menghubungi isterinya, Syolihah Harun, 41,
terjatuh dari motosikalnya di Rhu Dua ketika dalam perjalanan pulang ke
rumahnya di Bukit Che Ali, pagi semalam.
Mangsa menetap di Bukit Che Ali bersama isteri dan lima
anaknya, Sufi Umira, 10; Syarifatul Uzma, 8; Fawwazarazi, 7; Nurdhia Aisya, 5
dan Farhiaryan, 3, manakala ibu dan bapanya tinggal di Bandar Marang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut ibu mangsa, Zakiah Abdul Razak, 63, arwah merupakan
anak kedua dari lima beradik, mengidap penyakit jantung sejak empat tahun lalu
dan keadaannya menjadi lebih serius ketika Ramadan.
Menurutnya, arwah meninggalkan lima orang anak dan sebelum
mendapat serangan itu sempat menghubungi isterinya untuk memaklumkan agar
isterinya menyediakan juadah untuk bersahur.
“Dia menghubungi isterinya (menantu), maklum hendak
balik ke rumah selepas selesai berjumpa dengan rakannya. Arwah maklum pada
isterinya dia hendak makan mee goreng untuk bersahur.
“Tapi tak sempat sampai ke rumah, isterinya mendapat
panggilan menerusi telefon suaminya (sekali lagi) tetapi bukanlah dari suaminya
sebaliknya dari orang lain maklum mengenai kejadian itu,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ibu mangsa berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di
kediamannya di Bandar Marang di sini, hari ini.
Dalam masa sama, orang awam yang berada di lokasi kejadian
turut membuat panggilan kecemasan sebelum ambulan Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia (APM) Marang tiba di lokasi berkenaan.
APM Marang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan
kira kira jam 4.25 pagi namun apabila mangsa disahkan telah meninggal dunia kes
itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi
Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu berkata, kes
tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital
Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut sebelum jenazah
diserahkan kepada waris untuk tujuan pengebumian,” katanya.
-Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago