Categories: Berita Lain

Calon Peguam Negara Tak Dapat Restu Agong?

Peguam kanan, Tommy Thomas – Foto: The Star

PETALING JAYA: Cadangan nama yang diberikan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan peguam kanan, Tommy Thomas sebagai
Peguam Negara tidak mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
Pada dasarnya, Dr Mahathir berkeras mahu menggantikan Tan
Sri Apandi Ali dengan hanya mencadangkan nama Thomas kepada Sultan Muhammad V.
Namun, Agong mahu lebih daripada satu nama dicadangkan,
menurut sumber yang dekat dengan baginda.
“Agong mengemukakan empat nama kepada Dr Mahthir
termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim mahkamah rayuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Agong mahukan seseorang yang telah menjadi hakim atau
hakim bersara. Baginda tidak kisah sama peguam negara merupakan orang India,
Cina atau pun Melayu,” kata sumber.
Sumber turut menegaskan Agong pernah mengesyorkan Thomas
kepada kerajaan Kelantan untuk bertindak dalam kes terhadap Petronas.
“Agong mahukan seorang peguam negara yang dapat memberi
nasihat kepada baginda mengenai perkara Syariah tetapi Dr Mahathir menegaskan
Peguamcara boleh mengendalikan tugas tersebut.
“Namun Agong bertitah penguam negara merupakan pegawai
tertinggi yang sepatutnya menasihati baginda,” kata sumber itu lagi.
Pihak Istana menolak dakwaan di blog yang membangkitkan isu
itu sebagai ‘krisis perlembagaan’.
“Ia hanya perbezaan pendapat. Raja bertitah kepada Dr
Mahathir bahawa jika beliau mahu seseorang untuk mendakwa kes 1MDB, beliau
tidak patut melantik Thomas sebagai peguam negara.
“Thomas boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya
sebagaimana dilakukan terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee sebelum
ini,” kata sumber itu.
Dua hari lalu, blogger terkenal Syed Akbar Ali dalam
artikelnya di Malaysia Today berkata terdapat isu-isu serius yang timbul antara
kerajaan dan ‘pihak lain’ mengenai pelantikan peguam negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Terdapat khabar angin kuat bahawa Dr Mahathir telah
melantik seorang calon sebagai peguam negara yang baharu,” katanya sambil
menambah calon itu dikatakan bukan Islam, lelaki dan berbangsa India serta
pakar perlembagaan persekutuan.
Syed Akhbar menafikan hakim bersara terkenal Datuk Seri
Gopal Sri Ram sebagai calon bagi jawatan itu.
Beliau kemudiannya berkata pelantikan itu ditolak dengan
alasan calon tersebut bukan orang Melayu atau tidak beragama Islam.
Syed Akhbar berkata peguam negara yang baharu itu akan
ditawarkan kontrak selama dua tahun dengan memberi tumpuan penuh kepada
pembaharuan institusi.
Pada Sabtu, portal berita Malaysia Insight melaporkan bahawa
kerajaan Pakatan Harapan (PH) berdepan ketegangan dengan Raja-Raja Melayu
berhubung pelantikan itu.
Thomas tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.
Seorang hakim kanan yang telah bersara berkata perkara itu
jauh lebih rumit berbanding dengan apa yang berlaku sekarang.
“Seorang calon untuk kedudukan peguam negara mestilah
pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan dengan pengalaman tidak kurang 15
tahun dalam amalan undang-undang,” katanya.

– mStar Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago